Connect with us

Entertainment

“Dulu ingatkan Hanif ni serious tau, rupanya lagi lawak daripada Anzalna”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com D3ee7b5490b7d242b477b2796079efee

Sejak akhir- akhir ini pelakon Anzalna Nasir kerap membuat sesi siaran langsung bersama para peminat untuk mempromosikan produk rambut keluarannya di platform tiktok. Tindakan pelakon tersebut yang membuat sesi siaran langsung menerusi platform tiktok itu ternyata mengubati kerinduan para peminat terhadap dirinya yang agak lama sudah menyepi daripada bidang lakonan.

Kongsi pelakon drama Memori Cinta Suraya itu kepada wartawan media sebelum ini, anak- anak menjadi factor utama buat pelakon berkenaan untuk berehat daripada bidang lakonan buat sementara waktu.

Mediapuyu.com 1aa144c415324dd63a0d77973cd999fd

Ramai yang sedia maklum, berlakon drama menuntut komitmen kerja yang tinggi daripada seseorang pelakon. Apatah lagi jika sekiranya pelakon tersebut terlibat dengan projek drama yang mempunyai episode yang sangat panjang sehingga memakan masa berbulan- bulan.

Sekiranya sudah terlibat dengan projek drama berepisod panjang sudah pasti pelakon tersebut terpaksa berk0rban masa bersama keluarga apatah lagi yang mempunyai anak kecil seperti Anzalna.

Mediapuyu.com 87426d8032ee56bf858943152c40acf3

Oleh itu, Anzalna membuat keputvsan untuk menolak untuk terlibat dengan sebarang projek drama kerana mahu menjaga sendiri anak- anaknya dan enggan anak- anak membesar di tangan orang lain.

Ujar Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Mohd. Nasir tidak kira sama ada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah ataupun tidak, tugas menjaga anak-anak tetap mahu dilakukan olehnya sendiri bersama suami.

Mediapuyu.com Bce4f094c1a07ccb01fccd7a4ee2a474

Bagi Anzalna sendiri, tugas menjaga anak 100 peratus menjadi tanggungjawab beliau dan suami. Di sebabkan itulah Anzalna sanggup berk0rban kerjaya sebagai pelakon buat sementara waktu untuk membesarkan anak- anak.

Walaubagaimanapun sebagai pelakon yang di kenali ramai, platform media social merupakan platform terbaik untuk Anzalna sentiasa berhubung dengan para peminat beliau. Malahan kemunculan Anzalna menerusi sesi siaran langsung di platform media social juga begitu menghiburkan para peminat.

Mediapuyu.com Ab7f561ca24254c836bf6cad095645d0

Manakan tidak, Anzalna gemar bergurau bersama peminat dan peminat juga turut terhibur mendengar gelak tawa Anzalna yang terkenal dengan gaya ‘ketawa besar’ sehingga ketawa berkenaan sering ‘berj4ngkit’ kepada para penonton.

Menerusi perkongsian salah seorang peminat Anzalna, sesi siaran langsung yang di rakamkan oleh peminat tersebut berkongsi sedutan sewaktu netizen bertanyakan mengenai kos untuk menyara keperluan peribadi bulanan pelakon berkenaan kepada suaminya Hanif Zaki yang turut muncul sewaktu sesi siaran langsung tersebut.

@milahbunga

HAHAHAH bagus ek, begitu jawapan Hanif 😂🤣malam ni memang berdekah woiiii lucu bethoool 😫🤣 #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #anzalnanasir #hanifzaki #lawak #lucu #anzelhair @Anzalna Nasir @Hanif Zaki

♬ original sound – Milah Bunga – Milah Bunga

Memandangkan Anzalna seorang wanita yang cantik, netizen beranggapan bahawa keperluan peribadi pelakon tersebut berkemungkinan besar mempunyai kos yang tinggi. Bagaimanapun jawapan daripada Hanif membuatkan netizen terhibur.

Hanif berkata keperluan berkenaan adakalanya berubah ubah dan tidak tetap. Lebih lucu lagi apabila Hanif berkata ianya seperti perkhidmatan servis kender4an dan keperluan berkenaan berubah mengikut bulan.

Mediapuyu.com 2ba2580f36b45b8cf7ebf886c3acf072

Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata mereka tidak menyangka bahawa Hanif merupakan seorang yang boleh di bawa bergurau dan pandai berlawak.

Tidak hairanlah Anzalna sering ketawa besar apabila bersama suaminya. Berikut di kongsikan komen netizen tersebut.

Mediapuyu.com 6254d75bc243999867fbc6996c6fc2d9

Kalau macam ni memang awet mudalah Anzalna kerana sering ketawa terhibur dengan lawak daripada suaminya. Pasangan tersebut juga sangat serasi bersama dan kelihatan bahagia bersama anak- anak.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 2016 dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.

sumber: tiktok milahbunga

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!