Entertainment
“Haishhh gelak yg menghiburkan, puas hati dengar” – Netizen
Mereka bukanlah pelawak. Pun begitu, mendengar gelak tawanya sahaja netizen pun boleh terikut ketawa sama. Itulah keistimewaan pada pelakon wanita nan seorang ini.
Sudahlah cantik, kadang tak dinafikan dirinya juga ada dengan ‘sense of humor’. Tak hairanlah dalam sesetengah karya dilakonkannya, banyak juga watak yang kurang serius dijayakan aktres, Afifah Nasir seperti dalam Sepahtu Reunion.
Bagi yang mengikuti perkembangan Afifah di medsos pasti perasan akan ‘habit’nya yang satu ini iaitu suka ketawa. Bukan ketawa biasa-biasa.
Sebaliknya mereka yang mendengarkan pun boleh ‘terjangkit’ sama. Seperti dalam perkongsian videonya ini, ramai mengakuinya dan bersetuju perkara ini di ruangan komen.
“Berdouble-double gelak eh..Ada nampak retak tak meja tu”, “Gelak paling puass..cukup suka la family ni”, “Aku lah si pipahh ni kannn. Dia punya gelak dgn kita pun berjaangkit kat sini”.
“Wehh gelak tu tak boleh tahan, dgn aku sekali gelak”, “Suka dgr dia ketawa kuattt”, “Kalau gelak satu bandor dgr”, “Geram betul dgn gelak tu..hahaha”.
Itu antara komen netizen. Agak mencuit hati perkongsian Afifah apabila menghasilkan konten yang semua perkataan perlu disebut sebanyak dua kali. Termasuklah ketawa.
Terdahulu Afifah bersama suami dan seorang saudara juga bersama pasangannya bermain permainan tersebut. Hinggakan tergelak masing-masing dibuatnya.
Yang pasti gelak Afifah lah yang paling ‘win’. Kepada yang kemurungan, mesti dengar terus ceria. Nak terangkan macam mana kaedah gelaknya pun susah hendak dikatakan.
Afifah juga seorang model merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon. Mereka lima beradik sering mendapat perhatian.
Apa tidaknya, kesemuanya memiliki wajah cantik dan menawan. Bila dengar masing-masing berketawa pun boleh tahan. Terutama Afifah kita…
Sumber: IG Afifah Nasir
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen