Connect with us

Entertainment

“Weh sumpah kali ni aku puji ira, suara dia sedap do” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 7073b80c7cfb8c1fcf69f3853c4a247d

Semasa masih bergelar anak dara, dia dikenali tatkala acap kali menggunakan media sosial sama seperti netizen lain. Barangkali muncul di medsos bagi simpanan koleksi peribadi, mahupun sekadar suka-suka hingga akhirnya mempunyai pengikut sendiri.

Pun demikian, mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, sejak itu dirinya senyap seketika daripada berkongsi aktiviti harian di media sosial.

Begitupun setelah sah berc3rai pada 5 September lalu dengan Syamsul Yusof pengarah filem sensasi, Ira Kazar ini kembali ‘timbul’. Seperti pada hantaran dikongsikan ini, siap menyanyi lagi.

Menariknya ramai pula netizen yang memuji apabila Ira menyanyikan lagu bertajuk Kesetiaan nyanyian penyanyi asal, arw4h Siti Sarah isteri pelawak, Shuib.

Mediapuyu.com 2f255ce13f9a0dc14f6a01063f275784

“Weh sumpah kali ni aku puji iera suara dia sedap do”, “Ira pand4i nyanyi, cantik pulak tu”, “Suka Ira lawa sopan lembut je”, “Tak puas dgr Ira nyanyi “.

“X puas dgr Ira nyanyi dah kena pot0ng”, “Mula2 tenang dgr telinga, dgr part dato terus sak1t kepala”, “Tak jadi nak sedih dato…”.

Mediapuyu.com 0258307f57b906e45650e0187178530d

Itu antara komen netizen. Terdahulu Ira menyanyi terlebih dahulu sebelum disambung nyanyian lagu tersebut oleh usahawan, Datuk Aliff Syukri.

Masuk ‘part’ Aliff terus p0tong mood netizen yang sebelumnya teruja hendak mendengar suara lemak merdu Ira. Luahan itu banyak dicoret oleh netizen.

Mediapuyu.com D0db64272d58bd33c0337dc08ece42ef

Terdahulu, Ira juga antara individu dipilih oleh syarikat Aliff untuk menjadi salah seorang daripada model mempromosikan koleksi barangan jualannya.

Biarpun ramai rentan dengan tindakan pemilihan itu apatah lagi terpalit dengan isv peny0ndol, namun ia bukanlah penghalang untuk Ira terus melangkah.

Mediapuyu.com A000d95f83d2653b9eff2170acc72dbb

Manalah tahu selepas ini dek suara emasnya, Ira melebarkan sayap sebagai penyanyi pula kan… Ya lah.. lazimnya mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi.

Bapa Ira, Kazar Saisi, selain merupakan seorang pelakon, juga penyanyi dengan lagu popular nyanyiannya bertajuk ‘Memburu Impian’. Evergreen sampai sekarang…

Sumber: IG Datuk Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!