Entertainment
“Tak baik tau, nampak Fattah tak selesa” – Netizen
Siapa yang tak sayang dengan pasangan hidup yang pernah sebantal dan sekatil dengan kita, apatah lagi terpaksa berp1sah dek ia permintaan dari insan itu sendiri. Kata orang kalau apa yang dipinta itu membahagiakannya, lepaskanlah agar orang yang disayangi itu mencapai apa yang dihajati.
Kalau diri sendiri pun boleh melepaskan cara baik, biarlah orang luar pun boleh menerimanya. Seakan itu boleh dikatakan apa dirasakan aktor Fattah Amin ini. Begitupun ramai netizen merasakan sebaliknya..
Seperti dalam perkongsian video ini, tindakan pelawak Bell Ngasri didakwa memp3rli bekas isteri Fattah, seakan tampak tak ‘move on’.
Sudahnya Fattah yang ketika itu sedang live bersamanya pun didakwa kelihatan tidak selesa dengan tindakan pelawak berkenaan.
“Jgn gurau mcm tu Bell, ko ngata ex dia.. Fatah tak happy pun dgn lawak tu. Fatah tu bkn jenis ngata @nyindir org”, “Tak baik tauu.. nampak Fatah tak selesa”.
“Wahh nampak baik la Fattah. Dia tak selesa org ketawakan ex dy. Bagusnya”, “Membuat lawak rasanya tak perlu perli. I can see Fattah nampak awkward..”.
Itu antara komen netizen di ruangan komen pada hantaran video dikongsikan. Ramai yang tak bersetuju dengan tindakan lawak Bell itu kali ini.
Terdahulu, bekas isteri Fattah, Fazura teruk dikr1tik netizen susulan penampilannya ketika menyanyi live baru-baru ini di negara jiran dikatakan sumbang.
Ramai netizen menghenyaknya di media sosial dan mencadangkan agar wanita itu memberikan tumpuan pada keupayaannya hanya berlakon dan sebagai usahawan.
Sebelum ini pun Fazura dikenali dengan dua kelebihan dirinya itu. Kali ini mungkin dia mahu mengembangkan bakat dan sayapnya apatah lagi selepas ‘solo’.
Apapun reaksi Fattah dek tindakan Bell itu dipuji netizen. Langsung tak memburukkan bekas isteri dan ibu kepada anaknya Nur Fatima Aisya nan seorang itu.
Sumber: IG hotfm
-
Entertainment9 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment12 months ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen