Connect with us

Entertainment

“Lenggok dan merdu dapat kat Amad” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 214dafc66943ffb0e9a9619c01e859d0 Scaled

Umairah dan Amad semakin dikenali malah mereka mempunyai bakat yang istimewa apabila seolah membawa generasi nyanyian ke dunia seni nyanyian dengan membawa nama baik Dato Siti Nurhaliza.

Walaubagaimana pun Umai dan Amad menaikkan nama mereka sendiri tanpa menggunakan nama Tokti walhal mereka adalah anak saudara kepada penyanyi nombor satu Malaysia ini.

Umairah seorang yang profesional manakala adiknya Amad baru berjinak didalam industri nyanyian namun walaupun demikian, Amad mempunyai nama yang dikenali juga dek kerana Umai sering menyebut nama adiknya itu. Bakat mereka sama didalam industri seni nyanyian. Dan mereka juga ada bakat mewarisi.

Mediapuyu.com 4953191c28bf680447640937d5fe951b

Mereka berdua adalah anak kepada Siti Saerah yang juga seorang penyanyi dan pernah menyertai Family Duo dan Siti Saerah adalah kakak kepada Siti Nurhaliza. Mempunyai bakat nyanyian semenjak dari kecil sehingga kini dipupuk menjadi yang lebih baik.

Semenjak Umai dan Amad mendapat perhatian netizen, mereka kerap dipanggil oleh media malah radio juga sering mengundang kedatangan mereka. Ternyata rupanya Amad lebih mempunyai lenggok dan merdu suara yang agak sama dengan penyanyi nombor satu Malaysia.

Mediapuyu.com D4c80e9ea01fb3a98aa206a8d147a28a

Lihatlah perkongsian yang dikongsikan kepada media. Ini adalah sedikit sedutan nyanyian masing-masing ada kebolehan menyanyi. Malah mereka berbakat besar dan mempunyai alunan nyanyian yang sama seperti Siti Nurhaliza. Lenggok dan merdunya suara juga kedengaran sama sekali.

Umai sudah kebiasaan menyertai pertandingan nyanyian malah sehingga peringkat antarabangsa. Makanya beliau menjadi seorang penyanyi kini malah beliau juga sudah menjadi banyak juara di setiap pertandingan nyanyian.

Mediapuyu.com 4c94ed45c57ee886af6d6c78e3a2df61

Namun buat adiknya, Amad, yang baru mempunyai keber4nian untuk berhadapan dengan orang ramai. Namun semangatnya kuat malah dibantu dan disokong oleh kakaknya sendiri.

Beliau juga semakin kedepan malah boleh menyanyi dengan baik dan bersemangat. Merdunya suara Amad sama seperti ibu suadaranya Tokti.

Pelbagai komen yang diberikan kepada nyanyian dua beradik ini malah, mereka juga kini dikenali dan mempunyai ramai peminat apatah lagi mereka meningkat naik nama sendiri tanpa menggunakan nama mak saudara mereka. Peminat juga suka akan personaliti kedua mereka.

Mediapuyu.com Babcd7106b138a85542a593733f0b690

Sikap dan personaliti mereka adalah semulajadi malah nampak sekali mereka sangat mementingkan nilai kasih sayang. Walaupun Umairah dan Amad tidak menggunakan nama mak saudara mereka  akan tetapi mereka tetap dapat tempias. Ini kerana punyai bakat yang sama seperti adik beradik emak mereka itu.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!