Connect with us

Entertainment

“Terpegang Syed Saddiq tu, teringin nak takut kucing, boleh terpegang Zul Arifin hahaha” – Komen Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 61c790db097b94ccc29c203670047f9f

Ramai nampaknya yang makin suka melihat ‘chemistry’ ada pada dua individu yang semakin mendapat tempat di hati netizen ini. Tak hairanlah gelagat mereka berdua acapkali dikongsikan di media sosial. Dikatakan hubungan persahabatan antara ahli p0litik dan pemp3ngaruh media sosial, YB Syed Saddiq dan selebriti, Bella ini bermula sejak mereka menjayakan kempen baju raya sempena Aidilfitri nanti sejak beberapa bulan lalu. Padanlah dua sahabat ini kelihatan agak rapat hingga kini.

Apa pun sekali lagi gelagat YB Syed Saddiq atau SS dan Bella seperti dalam hantaran kali ini menarik perhatian netizen. ‘Comel’ betul kedua-duanya.

Mediapuyu.com Bcc21f016d692289894678b877515816

Agak mencuit hati rupanya Bella seorang yang ‘takut’ akan kucing. Nampak si bulus pun terus angkat kaki, apatah lagi haiwan itu hanya berada di sebelahnya.

Seperti dalam video dikongsikan ini, terdahulu kelihatan Bella yang berada di sebelah SS dari tempat duduk terus terbangun tatkala terkejut melihat kucing.

Mediapuyu.com 0a1d49330d4d0b83336d8bbe5d691daa

Dek kerana itu, tanpa sengaja dia terpegang pula sebelah tangan SS, bahkan kemudian SS sempat mengusiknya dengan membuat bunyi si bulus…

@stylefashionpv

Orang yang takut kucing je faham perasaan bila ada orang protect kita dari kucing kan 🥹 siapa macam nie? . Sorang pencinta kucing, sorang takut kucing 😂 elok sangat dah tuuuuu 🤭 . @primavalet

♬ original sound – stylefashionpv – stylefashionpv

Alahai… Comelnya YB mengusik Bella ya. Menariknya ramai pula netizen yang mengusik SS dan Bella yang dikatakan sepadan jika ‘bersama’.

Mediapuyu.com 9b4735c738dca93780ee1cc8aa5f217f

Pendek kata ramai yang ‘restu’ kalau SS dan Bella hendak mendirikan ‘masjid’ bersama pula. Wah… Sampai begitu sekali pandangan netizen. Kalau betul apa salahnya…

“Terpegang syed saddiq tu 🙂 teringin nak takut kucing boleh terpegang zul arifin HAHAHAHAA”, “Bella ni terperanjat sebab kucing ke atau terperanjat sebab terpegang tangan YB ni??”.

Mediapuyu.com F5513b0506dfd69ee11a753e7f63b4aa

“Kenapa sifatnya orang takut kucing tu suka pegang orang sebelah tak kira siapa? sebab aku pun sama”, “Smoga cpt berumahtgga,suke tgk pasangan ni”. Itu antara komen netizen.

Sporting saja SS melayan Bella yang kecil molek orangnya walaupun sudah bergelar ibu tunggal anak dua sejak berpisah dengan penyanyi, Alif Aziz lebih setahun lalu.

Mediapuyu.com Ced348b385e579766cf41824197b3158

Sumber: TikTok stylefashionpv

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!