Connect with us

Entertainment

“Sha boleh tolong ajar ciked, boleh pergi jauh ni” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 0a61813959b3399b22c1264e8bf28582

Kalau selalunya kita lihat Shila Amzah menghiburkan peminat dengan vokalnya yang mantap di pentas besar, kali ini lain pula kisahnya apabila dia memuat naik rakaman ringkas suaminya, Ubai MZ atau nama penuhnya Ubai MZ Mahammad Zulkifli, seorang content creator, sedang menyanyikan lagu nasyid popular Intifada dengan gaya yang agak unik — lontaran suara rock tapi penuh semangat. Sekali gus, video pendek itu menjadi bahan bualan ramai netizen di media sosial.

Ramai yang tak sangka Ubai mempunyai keberanian mempersembahkan lagu nasyid dengan cara tersendiri.

Mini Turbo Fan Paling Padu

Mediapuyu.com Cf0b269d577edc27b69cead25d7dcb98

Gayanya bersahaja tetapi penuh perasaan membuatkan ada penonton terhibur, ada juga yang tergelak kecil.

Malah, ada warganet yang mengusik bahawa nyanyiannya kedengaran seperti peserta ujibakat rancangan realiti hiburan.

Mediapuyu.com 8165fa27fd96c4c60f9fcbede3d86bf8

Tidak kurang juga yang mengusulkan agar Shila sendiri mengasah bakat suaminya itu supaya boleh pergi lebih jauh.

“Sha blh tolg ajar ciked… boleh pegi jauh ni,” tulis seorang pengguna media sosial. “Aku ingat laki aku sorg je hyper dgr lagu ni”, komen seorang lagi.

Mediapuyu.com 0c639b73d68d2804b03203389ee33e01

“Boleh masuk I Can See Your Voice ni, suara ada karakter,”, ” Ni nasyid ke rock”, komen dua lagi netizen lain pula.

Walaupun ada yang memerli, majoriti tetap menganggap rakaman itu sekadar hiburan ringan antara pasangan selebriti dan memberi warna pada laman sosial Shila.

Mediapuyu.com A9924f2de8e50dc94bca1827e32b212a

Shila sendiri pastinya hanya tersenyum mendengar dan merakam aksi suaminya, membuktikan sokongan dalam rumah tangga mereka cukup kuat.

Apa pun, bakat Ubai ini mungkin sekadar gurauan mesra, tetapi sedikit sebanyak berjaya mencuri perhatian orang ramai dengan aura ‘rock nasyid’ yang jarang-jarang kita dengar.

Mediapuyu.com 1eece2dd3a725f1aab09e76a8fb1d6fc

Sumber: TikTok shaamzahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!