Entertainment
“Dengan baju kurung tak berkasut, macam tu je dia boleh lari laju, hebat” – Netizen

Aksi spontan pelakon dan personaliti popular Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian apabila videonya berlari menuju ke arah Palace of Versailles, Paris tular di media sosial. Mengenakan kebaya moden sambil membuka kasut di tengah jalan di samping orang ramai, Bella dilihat berlari pantas tanpa menghiraukan sakit atau kerasnya lantai simen.
Adegan itu bukan sahaja mencuit hati tetapi juga membuat ramai kagum kerana jarang melihat figura selebriti tampil begitu bersahaja di tempat bersejarah dunia.
Bella dilihat membuka kasut terlebih dahulu sebelum memecut, seolah-olah yakin mampu sampai dengan lebih cepat.
Walaupun tanpa kasut, langkahnya kelihatan laju dan bertenaga, seakan-akan tidak langsung berasa saakit berlari di atas simen kasar. Kalau wanita biasa-biasa entahlah…
Yang lebih menarik, selepas kiraan “1, 2, 3” dengan jaarinya dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau turut sama berlari mengejar Bella.
Mesti ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin dibuktikan oleh YB, apatah lagi beliau baru-baru ini pernah menamatkan perlumbaan triathlon Ironman Langkawi.
Ada netizen berandaian YB mungkin sengaja memberi peluang kepada Bella untuk menang kerana sudah terbukti beliau memiliki ketahanan fizikal yang luar biasa.
“Dengan baju kurung x berkasut mcm tu je dia boleh lari laju.. hebat,” komen seorang pengguna media sosial.
“YB ni baru habis Ironman, confirm boleh menang… tapi sengaja bg chance dekat Bella,” ujar seorang lagi netizen.
Gelagat itu akhirnya dilihat sekadar gurauan mesra antara rakan selebriti dan ahli politik, namun cukup untuk menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan warganet.
Bella Astillah mula dikenali sebagai penyanyi sebelum terjun ke dunia lakonan, manakala YB Syed Saddiq merupakan Ahli Parlimen Muar dan antara ahli p0litik muda paling berprofil tinggi negara ketika ini. Melihat gelagat keduanya, ramai mendoakan mereka segera berjodoh.
Sumber: Instagram bellaastillah
-
Entertainment1 year ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment3 months ago
“Arwah adik saya memang tak pernah jumpa Wani, Kami kenal Wani pun masa dia dah takde” – Kakak Mustaqim
-
Entertainment2 years ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment2 years ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen