Connect with us

Entertainment

“Mengamok pun orang ketawa, macam mana adoi” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 8c2e623c0ea2229d8c4035dc3b771acd

Kecoh seketika perkongsian di medsos dunia hiburan apabila pelakon dan influencer terkenal, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi, bersama rakan sepersembahannya, Zulin Aziz, dilihat ‘mengamuk manja’ di atas pentas apabila popper yang sepatutnya memeriahkan persembahan mereka langsung tak menjadi. Insiden itu berlaku ketika mereka sedang membuat persembahan di program realiti Musical Lawak Superstar, yang disiarkan baru-baru ini.

Dalam video tular itu, kelihatan Maryam dan Zulin bersedia untuk melepaskan popper berwarna-warni, namun alat itu langsung tak berfungsi.

Handsome & Cantik seperti Fattmira

Mediapuyu.com F2752efe7dc82b9ff4ae9796b95e4939

Lucunya, Maryam yang tak puas hati dengan ‘kegagalan’ tersebut, terus mengetuk popper itu pada lantai secara manual, dan akhirnya keluar juga sedikit ‘percikan’ kertas warna-warni — walaupun nampak agak sendu dan lambat.

Namun, adegan spontan itu membuatkan penonton di dewan ketawa besar, malah ramai menganggap momen tersebut jadi antara bahagian paling mencuit hati sepanjang persembahan itu.

Mediapuyu.com Db47c895133475fd27bcb96b771976e7

Yang menarik, persembahan ‘tak menjadi’ dan ‘amukan comel’ Maryam itu tak ditayangkan di televisyen, sebaliknya hanya disaksikan mereka yang berada di pentas secara langsung.

Ada juga netizen yang mempertikaikan persediaan produksi kerana sepatutnya perkara teknikal seperti itu dapat dielakkan jika semakan dibuat lebih awal.

Mediapuyu.com C6433b4008a8ecef88a36ca25230a74e

Tapi sebahagian besar warganet menganggap kejadian itu menambahkan lagi elemen lawak spontan yang menjadikan persembahan mereka lebih hidup dan real.

“Ni rancangan lawak, so benda tu jadi lebih lawak. So okay2 je,” “Popper tak menjadi, jadi extra kelakar!”, “Mengamuk pn org ketawa.. mcm mana adooi” – tulis beberapa komen netizen.

Mediapuyu.com 5bce23803f440a191e47a2d9a1783d0a

“Aku pernah surprise birthday member aku guna menda alah tu… tak keluar benda tu. Dah surprise tak jadi,” “Yang paling sweet dan kelakar benda tu. Tak keluar kat TV. Tq,” ujar yang lain sambil ketawa di ruangan komen.

Apa pun, ramai memuji cara Maryam dan Zulin mengendalikan situasi tu dengan profesional dan spontan — bukti sebenar pelawak sejati, bila benda tak jadi pun masih boleh buat orang ketawa.

Mediapuyu.com C2f29582c2a37698dd749cb231b3a987

Sumber: IG duriankimchi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!