Entertainment
“Amboi klu dgn Nabil siap berciom pipi, dgn anak buah kekwat ye Dato haha” – Netizen
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia dan suami yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau mesra di panggil Tok Ram merupakan pasangan yang sentiasa mencuri tumpuan netizen terhadap gelagat mencuit hati mereka berdua.
Datin Alyah adakalanya berkongsi hantaran di media sosial beliau mengusik suaminya kerana mempunyai karakter yang agak serius dan kurang mesra.
Meskipun di kenali dengan karakter sedemikian, namun pandangan netizen terhadap maestro terkenal tersebut mulai berubah setelah Tok Ram menyertai program Geng Bapak- Bapak.
Di dalam program berkenaan beliau bersama pelakon Dato Jalaludin Hasan, Jatt Ali dan juga Roy Azman menyahut cabaran untuk merakamkan aktiviti- aktiviti lasak.
Beberapa gelagat melucukan antara mereka di pertontonkan membuatkan sisi mesra dan peramah di sebalik karakter beliau yang sentiasa serius dan garang yang di lihat pada Tok Ram baru di dedahkan kepada umum.
Menerusi satu hantaran terbaru di Instagram Datin Alyah, satu video yang memaparkan anak- anak saudara Tok Ram dan beliau ingin merakamkan gambar kenangan bersama pakcik mereka.
Bagaimanapun gelagat anak- anak saudaranya itu yang kelihatan teragak- agak untuk meminta izin bergambar bersama pak cik mereka di rakamkan oleh Datin Alyah.
Tulis Alyah di ruangan kapsyen, anak- anak saudaranya itu kelihatan seolah oleh akan menerima hukuman apabila mahu meminta izin untuk bergambar bersama pakcik mereka Tok Ram memandangkan Tok Ram mempunyai wajah yang serius.
Wajah Tok Ram yang sentiasa serius dan tidak mesra membuatkan anak- anak saudara mereka itu tidak dapat mengagak masa yang bersesuaian untuk menyapa pakcik mereka. Namun begitu, tutur Datin Alyah lagi, sekiranya Tok Ram tersenyum tanpa sebab pula agak pelik juga.
Mengintai ke ruangan komen pula, gelagat anak- anak saudara Tok Ram dan Datin Alyah itu mencuit hati netizen kerana tidak pernah melihat layanan Tok Ram terhadap ahli keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Netizen juga ingin mengetahui sekiranya anak- anak saudara pasangan tersebut berjaya merakamkan gambar kenangan bersama Tok Ram atau tidak. Dedah Datin Alyah, anak- anak saudaranya itu bergambar bersama Tok Ram seperti biasa.
Wajah serius Tok Ram membuatkan dirinya sentiasa kelihatan garang meskipun Tok Ram tidak bermaksud demikian. Netizen berkata, mereka hanya dapat melihat sisi mesra dan kelakar Tok Ram hanya bila beliau di usik oleh Nabil dan juga apabila menyertai program ‘Geng Bapak- Bapak’. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Comel betul perangai anak- anak saudara yang nampak takut nak bergambar bersama pak cik sendiri kerana pak cik mereka mempunyai wajah yang serius. Netizen juga memuji Datin Alyah kerana boleh melayan perangai serius Tok Ram selama ni.
Sumber: ig alyah81
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen