Connect with us

Entertainment

“Aik ada muka Fattah Amin yang hujung tu” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 1f607937a0e04d47b22c73acb387a606

Wah macam tak percaya hero Malaya nan seorang ni kembali menyertai program pertandingan pemilihan ikon jejaka jejaka terkenal sejak tiga dekad lalu ini. Ya lah… dia dah pernah pun menyertai pertandingan sama bahkan menyandang gelaran Hero Remaja 2011/2012. Tapi siapa pula jejaka yang sekali pandang nampak macam aktor popular, Fattah Amin ni ya…?

Yang pasti, lelaki tersebut bukanlah Fattah Amin yang sebenar ya… bukan… bukan…bukan.. hanya pelanduk dua serupa. Pun demikian sekali pandang bukan macam Fattah saja.

Mediapuyu.com 3e649468933716c3b630a96d03acfe71

Macam rupa pelakon, Asyraf Mvslim pun ada. Itu yang dapat ‘ditangkap’ netizen semasa perkongsian wajah-wajah barisan Hero Dewi Remaja 2023 yang terbaru dalam hantaran ini.

Lihat s4jalah wajah jejaka di baris hadapan kiri sekali dalam video dikongsikan. Dah tentu kena kacak dan bergaya. Namun siapakah gerangan empunya diri?

Mediapuyu.com Bfaa5fbfb66f49622502a8ba3086afec

Begitupun ada juga yang ‘kenal’ bila mencoretkan di ruangan komen yang lelaki tersebut merupakan model dalam video klip lagu Retak Hatiku nyanyian, Iera Milpan.

Jika menjengah di maya macam betullah tu… Difahamkan lelaki dikatakan bernama Aiman Ameer itu antara dalam barisan finalis Hero Dewi Remaja yang terbaharu ini.

Mediapuyu.com 58ff85bfe020605da96650082beb6969

“Hujung kiri mcm fattah amin”, “itu model lagu retak hatiku tu hahahahha”, “Aik ade muka fattah amin yg ujung tu”, “Yg hero remaja tu ensem2”, “Haa nmpk dah sorang dua tu herlokk noh…”.

“Hero remaja nmpk juga wow tpi yg dewi finalis mcm kureng”, “Hero lelaki hujung kiri ada aura jadi pelakon..”, “Muka semua komersil”, “Laki yg pakai baju putih tu mcm pernh berlakon je.

Mediapuyu.com 1a3e03a9ddab9d018a7a3ccfb1a20f26

Itu antara komen netizen. Sekadar info, buat pertama kali, program realiti Hero Remaja dan Dewi Remaja kali ini bergabung mencari pelapis baharu industri seni di bawah jenama Hero Dewi Remaja.

Sebelum ini pertandingan diterajui sebuah syarikat penerbitan majalah tempatan itu mengadakan pertandingan secara berasingan iaitu Dewi Remaja dan Hero Remaja. Selamat berjaya semua…

Mediapuyu.com 5c3ac486158d49bf564f2d7503cb48f6

Sumber: Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!