Connect with us

Entertainment

“Dulu budu, sekarang budu tambah chili tambah limau” – Abang Mawar Rashid

Published

on

Mediapuyu.com 74c9a25ef6e0a3f4fe8afc36f392df50

Padanlah lain benar ‘perubahan’ dirinya di media sosial sebulan dua lalu. Rupanya seperti ada sesuatu ‘hendak dikhabarkan’ atau mungkin diluahkan tuan punya diri. Ya lah.. sekali bah, sekali pantai berubah. Hari ini lain, hari esok lain pula.

Itu juga gambaran boleh dilihat pada pelakon, Mawar Rashid ini yang baharu sahaja dikhabarkan sudah berp1sah dengan suaminya, Raf Yaakob. Padanlah berubah benar. Perkara itu yang banyak ‘dikesan’ netizen yang dikongsikan di hantaran ini.

Mengiyakan perubahan Mawar itu, abangnya Arfan Rashid. Seperti coret Arfan di ruangan komen, ‘Dulu budu. Sekarang budu + chili + limau’. Wah lain macam gambaran perubahan adiknya itu.

Mediapuyu.com Eb728e161570698a45716d6e22119930

Adakah maksudnya Mawar sekarang sememangnya dilahirkan di negeri pantai timur yang memang makan budu itu bertambah ‘pedas’ dan ‘menyengat’ macam rasa masam limau.

Hanya Arfan yang tahu maksud perubahan yang ditujukan kepada adiknya itu. Begitupun Mawar membalas dengan ‘You forgot the patchii brother’. Sudah tentu hanya mereka yang faham.

Mediapuyu.com 3d79c282f9a27ba4b5a28400a5f69f7c

Dalam pada ramai meluahkan kekesalan dek keputvsan perpis4han Mawar dan Raf, tak kurang juga sedih dengan perubahan wanita itu yang sebelum ini berhijab memilih menanggalkannya.

“Anak kecil lg dah nak berc3rai. Fikirkanlah semula ok”, “Nampak lebih serabut sejak freehair ni.. sian anak2 dan semua”, “Dia sedang berp3rang dgn dirinya sendiri”.

Mediapuyu.com D36c7269552004464a6ab09ea650fbea

“Maaf Mawar bertudung dulu lebih manis”, “Bertudunglah semula, lebih sempurna”, “Rujuklah blk, kesian anak2 masih kecil”, ” Strong ya.. jgnlah buat keputvsan terburu2″.

Itu antara kata netizen. Ramai juga berharap Raf dan Mawar kembali bersatu seperti pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil. Apa pun hanya mereka tahu apa yang terbaik.

Mediapuyu.com 0ece8e170fbe2569b07cd97e592a2e52

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Begitupun baru-baru ini Mawar mengumumkan yang dirinya sudah berpis4h dengan Raf kerana tiada persefahaman.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang mana Raf sebelumnya juga sudah berkahwin mempunyai dua anak dengan bekas isteri pertamanya.

Mediapuyu.com F4289301c670046df03fc405357889a0

Sumber: IG Mawar Rashid & Raf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!