Entertainment
“Ko dh heret rambut dia dari bawah ke atas rupanya silap sendiri”- Netizen
Nama Adira kini sudah agak tenggelam kerana sudah agak lama tidak aktif menyanyi. Namun begitu, pelantun lagu Ombak Rindu itu kini aktif di media sosial beliau membuat pelbagai konten yang melucukan.
Video- video yang di muatnaik oleh Adira di rakam dan di lakonkan oleh dirinya sendiri. Adira juga turut merakamkan video konten bersama anaknya Anggerik.
Adira juga selesa menjadi dirinya sendiri tanpa berkira mengenai soal menjaga status dirinya sebagai penyanyi terkenal. Sebagai mengubati kerinduan peminat terhadap nyanyian beliau, Adira membuat keputuusan untuk menyertai rancangan nyanyian Famili Duo.
Meskipun mempunyai pengalaman lebih satu dekad sebagai penyanyi, Adira tidak pernah mengangkat dirinya sebagai penyanyi bagus dan hebat. Bahkan Adira merasakan masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki justeru memutuskan untuk menyertai program Famili Duo.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi juga melihat penyertaan beliau di dalam program nyanyian Famili Duo sebagai platform yang dapat mengembalikan momentumnya yang sebelum ini sebagai penyanyi setelah hampir hilang.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram adira, peserta family duo musim ketiga itu berkongsi satu video mengenai ragam ibu- ibu sewaktu melayani anak.
Adira di dalam video tersebut ingin mengikat rambut anaknya Anggerik namun tidak menjumpai getah rambut.
Adira kemudiannya memegang rambut anaknya itu sambil mencari getah rambut sehingga membawa anaknya naik ke tingkat atas rumah mereka.
Melucukan apabila melihat raut wajah Adira setelah tidak menyedari getah rambut yang di carinya berada di pergelangan tangan sejak dari awal.
Tidak mahu anaknya Anggerik sedar mengenai perkara tersebut, Adira berpura- pura baru menjumpai getah rambut tersebut di dalam laci tingkat atas rumah berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, video berdurasi beberapa saat itu mendapat perhatian daripada para netizen. Rata- ratanya berkata perkongsian video Adira itu telah membuatkan rahsia mak- mak selama ini kantoi.
Video tersebut sehingga kini menerima hampir 961 komen dan 27.3 ribu tanda suka daripada para pengikut akaun Instagram Adira.
Para netizen yang kebanyakkan ibu- ibu berkata video yang di rakam dan di kongsikan oleh Adira itu juga sangat berkait rapat dengan perangai dan sikap ibu- ibu di Malaysia.
Gelagat dan reaksi Adira di dalam video berkenaan juga sangat mencuit hati dan menghiburkan netizen sehingga adakalanya netizen sehingga terlupa bahawa Adira merupakan seorang penyanyi kerana sering memuatnaik konten- konten yang lucu dan menghiburkan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Apabila sudah bergelar ibu, sudah tentu anak- anak menjadi keutamaan utama dan sanggup melayani apa jua kerenah anak- anak.
Namun di sebabkan terlalu banyak tugasan sebagai ibu adakalanya akan terlupa dan terlepas pandang beberapa perkara seperti terlupa getah rambut di tangan sendiri seperti yang di kongsikan oleh Adira ini.
Sumber: ig adira.suhaimi
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen