Connect with us

Entertainment

“Soothing voice, sedap telinga mendengar, macam Yuna” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Af960d816f2fe76acb9a88b9f05d3aa4

Jika adiknya sekarang ini glamour dek menjadi instafamous dan mempunyai ramai pengikut di media sosial mvngkin kerana bakat ‘modeling’ serta ‘kecomelannya’, nak pulak selalu ‘belanja’ sosoknya, kakaknya kali ini berbeza kelebihannya dalam menarik perhatian audiens.

Tak mustahil dengan bakatnya ini, Kasih Leia Exora pun akan ada pengikutnya sendiri seramai pengikut Kasih Iris Leona atau lebih lagi.

Selama ini pasti ramai sahaja tak tahu rupanya dalam mulut Leia Exora ada ‘permata’. Sekali buka mulut… wah sedap juga suaranya dah macam profesional.

Mediapuyu.com 155f032e18843fbe3a11860bdb84a71a

Di ruangan komen hantaran dikongsikan bapanya yang juga aktor senior, Azhar Sulaiman ini ramai memuji suara anaknya itu. Puas hati betul netizen yang mendengar.

Suara Leia Exora dah disamakan pula setanding dengan penyanyi tempatan dan antarabangsa, Yuna. Hebat betul kan. Sekali dengar pun netizen dapat membaca potensinya.

Mediapuyu.com 641cbac4823a95f37aed88a4f6ab45cd

“Soothing voice, sedap telinga mendengar..macam yuna”, “Her voice is one desires to hear”, “Omg suara kasih mmg sedap dari dlu rindu nk dgr”, “Sedap…series i suka..very classy”.

“Sedap suara. Lagu pon rasa ala tenang je”, “Sedapnya klau dgr suara mcm ni kat live band. Very soothing.. mendamaikan ..”, “Suara kasih sedap larr..std International level .Ada class”.

Mediapuyu.com 5e4f4b28f5fb1e98b2a62b2e5dcfee00

Itu antara komen netizen. Menariknya penampilan Leia Exora yang didakwa kelihatan makin berisi berbanding sebelumnya nampak ‘lebih sihat’, selain dulu sebaliknya.

Terdahulu Azhar dalam statusnya mencoretkan ‘Sempena Musim Hujan Yang Melanda Kita  Sekarang….. Terimalah sebuah lagu dari Kasih Leia Ixora Azhar’.

Mediapuyu.com A1c14e03651510202f408c0a044d9ac4

Pastinya enggan ‘masuk air angkat timba sendiri’, Azhar tak memuji anaknya. Sebaliknya banyak pujian diluahkan netizen. Bertuah Azhar, anaknya masing-masing ada kelebihan.

Buat Leia Exora, semoga dapat terus mencungkil bakat dan membanggakan nama negara kalau betullah masin mulut netizen. Pergi hingga pentas antarabangsa gitu…

Mediapuyu.com 635cf6dcf4c4ffd2d69b7d41795011e1

Sumber: IG Azhar Sulaiman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!