Entertainment
“Ohh tat school, ote Nyamma taming, stalang dah malam. Tiutt la Nyamma” – Netizen
Sebelum ini, wajah jelita Fazura kerap muncul di kaca televisyen dan layar perak. Kehebatan lakonannya tidak dapat dinafikan. Berilah apa sahaja watak, tentu sahaja ibu kepada seorang cahaya mata itu dapat menterjemahkannya dengan aura yang luar biasa.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemunculan Fazura semakin berkurangan sekali gus membuat peminat berteka-teki sama ada pelakon filem J Revolusi itu masih aktif dalam lapangan seni atau tidak.
Meskipun kerjaya seninya bergerak perlahan, namun Fazura semakin sibuk menguruskan perniagaan, keluarga termasuk rumah produksi, Fazura Pictures.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya termasuklah dalam menguruskan kerjaya, bisnes dan rumah tangga.
Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun beliau masih tetap meluangkan masa berkualiti di rumah dan bijak mengatur masa bersama keluarga.
Menerusi satu perkongsian di platform media sosial peminat Fazura, satu video yang memaparkan gelagat anak Fazura iaitu Fatima sedang bermain telefon mainan di paparkan buat tatapan para peminat.
Di permulaan video, Fatima di lihat sedang bercakap dengan rakannya menerusi telefon mainan itu dan merancang untuk ‘bertemu’ dengan ‘rakannya’ itu di sekolah.
@fazura.official alamak daddy tak bagi keluar malam la 🤣🤣🤣 #fazura #fattahamin #fattzura
Namun begitu, Fazura kemudiannya ‘menegur’ anaknya itu memandangkan sudah malam dan Fazura tidak memberikan kebenaran kepada Fatima untuk keluar.
Fazura juga berkata daddy Fatima pasti akan marah nanti jika keluar malam. Fatima yang memahami situasi tersebut kemudiannya mengikuti nasihat Fazura dan turut menolak untuk keluar bersama ‘rakannya’ itu.
Gelagat Fatima yang petah bercakap itu menarik perhatian para netizen. Netizen juga geram dengan kecomelan Fatima dan gaya kanak kanak tersebut bercakap yang serupa dengan ibunya Fazura.
Netizen juga berpendapat, meskipun Fatima mempunyai wajah seiras bapanya Fattah Amin namun karakter peribadinya betul betul mengikut karakter peribadi ibunya yang ‘soft spoken’. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap perkongsian video tersebut.
Alahai baiknya Fatima ni, anak solehah mommy dan daddy dia la dengar cakap mommy tak nak keluar malam. Sejuk perut mommy mengandung Fatima macam ni.
Sebelum ini, pasangan romantik Fazura dan Fattah berkongsi dengan para peminat mereka bahawa mereka berdua merancang untuk memiliki zuriat kedua pada tahun ini.
Tidak di nafikan, ianya sebagai pelengkap kebahagian rumah tangga mereka apatah lagi jika dikurniakan dengan zuriat lelaki.
sumber: tiktok fazura.official
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen