Entertainment
“Cantiknya, simple je xyah grand2”- Netizen
Pelakon popular Atikah Suhaimi menerusi platform Instagram beliau baru sahaja memuat naik sebuah video yang memaparkan suasana sekitar majlis pertunangan beliau dan bakal suami iaitu Datuk Lokman Teh.
Menurut kapsyen yang di tulis oleh pelakon jelita itu di Instagram beliau, majlis pernikahan beliau dan bakal suaminya itu akan berlangsung hanya dalam seminggu lagi.
Jelas Atikah, majlis pertunangan beliau itu sebenarnya telahpun berlangsung pada bulan Disember tahun lalu namun beliau baru berkongsikan suasana majlis pertunangan beliau itu kepada para peminat pada hari ini.
Atikah yang bakal bertukar status pada minggu hadapan itu mengakui dirinya merasakan debaran menanti detik pernikahan dengan bakal suami. Tarikh yang di pilih oleh beliau dan bakal suami adalah pada 21 Januari akan datang.
Menurut pelakon jelita kelahiran Singapura itu lagi, majlis pernikahan beliau dan bakal suami iaitu seorang ahli perniagaan ternama Malaysia iaitu Datuk Lokman Teh akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut mengenai lokasi pernikahan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, dan bukannya di Singapura, pelakon berkenaan menjelaskan, keluarga kedua belah pihak tidak mempunyai halangan mengenai lokasi pernikahan yang di pilih dan keputuusan di buat atas persetujuaan bersama.
Tambahan pula, tahap kesihatan nenek kepada Datuk Lokman kurang memuaskan dan perkara itu menjadi keutamaan buat beliau dan bakal suami.
Bagaimanapun, Atikah berkata beliau turut merancang untuk mengadakan kenduri marhaban di kediaman beliau di Singapura setelah majlis di Kuala Lumpur.
Atikah juga meluahkan rasa syukur kerana hubungan beliau akan di akhiri dengan pernikahan tidak lama lagi. Meskipun berdebar menanti saat di satukan dengan bakal suami minggu hadapan, Atikah berhadap urusan perkahwinan beliau akan di permudahkan dan berjalan dengan lancar.
Mengintai ke ruangan komen, rata- rata netizen mengucapkan tahniah kepada beliau serta mendoakan supaya urusan pernikahan pelakon jelita tersebut pada minggu hadapan akan di permudahkan.
Selain itu, netizen juga memuji majlis pertunangan Atikah yang kelihatan sangat sederhana dan hanya di hadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat dan kenalan rapat pasangan berkenaan.
Di kongsikan komen yang di tulis oleh netizen terhadap video yang di muatnaik oleh Atikah berkenaan.
Majlis pernikahan Atikah dan Datuk Lokman kini telahpun siap sebanyak 95 peratus. Atikah berkata beliau memilih Datuk Lokman sebagai pasangan hidup kerana lelaki tersebut mempunyai segala ciri- ciri lelaki yang di ingini.
Pelakon itu juga menyifatkan tunangnya sebagai seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab serta merasa tenang sekiranya beliau berada bersama bakal suaminya itu.
Sekadar info, Datuk Lokman Teh merupakan CEO zaitun, ubat gigi yang popular, guna tanpa was was tu. Bukan calang calang rupanya tunang Atikah ni. Tahniah
Sumber: ig meloditv3
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen