Entertainment
“Untung lah mak dia lepas kan keluar berdua” – Netizen
Engku Aleesya binti Engku Emran ialah satu-satunya anak kepada pasangan Engku Emran bersama bekas isterinya Erra Fazira. Engku Emran dan Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2007 dan dikurniakan anak perempuan pada Mac 2009. Bagaimanapun jodoh pasangan tersebut tidak panjang apabila mereka berdua mengambil kepvtusan untuk berpisah secara baik pada 2014.
Sebagai seorang yang semakin meningkat usia remaja, kini gerak geri Engku Aleesya kian menjadi perhatian netizen. Apatah lagi Engku Aleesya semakin cantik dan semakin mirip wajah Erra Fazira sewaktu kemunculan pertama beliau menerusi filem Sembilu suatu masa dulu.
Ramai yang bersimpati dengan ujian yang sedang melanda keluarga pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi. Sejak tular kisah pernikahan anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, ramai netizen yang mendoakan supaya anak kepada artis kesayangan mereka ini pula tidak di timpa ujian yang sama.
Pastinya apa yang sedang tular ini agak sukar untuk di terima buat para peminat apatah lagi sebelum ini kehidupan keluarga Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi itu sangat harmoni dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Menerusi satu perkongsian seorang pengguna tiktok iaitu Anwar Arshad, pengguna akaun tiktok berkenaan berkongsikan satu video yang memaparkan beliau dan anak perempuan kepada primadona terkenal Erra Fazira keluar makan bersama.
Tinjauan di video tersebut mendapati pengguna tiktok tersebut menulis kapsyen ‘ a day with my bestie’ merujuk kepada hubungan persahabatan yang terjalin dengan baik antara beliau dan anak kepada Erra Fazira iaitu Engku Aleesya.
@anwararshad_ A day with my bestieee 🫣🫣🫣 #anwararshad #fyp #fypシ #errafazira @Fazira Wan Chek
Mengintai ke ruangan komen pula, beberapa netizen memuji kejelitaan Engku Aleesya yang di warisi daripada ibunya. Netizen juga gemar melihat pemilihan gaya pakaian Engku Aleesya yang sangat ringkas dan wajahnya yang natural tanpa memakai solekan yang berlebihan.
Identiti pengguna tiktok tersebut yang berkesempatan untuk meluangkan masa untuk makan bersama Engku Aleesya juga menjadi persoalan netizen memandangkan video tersebut di rakam tanpa kehadiran Erra Fazira.
Ada segelintir netizen yang meneka identiti lelaki tersebut merupakan bapa saudara Engku Aleesya yang merupakan adik kepada Erra Fazira. Manakala ada juga netizen yang meneka lelaki berkenaan sedang berkenalan dengan Erra Fazira dan sedang mengambil hati Engku Aleesya.
Bagaimanapun ada juga netizen yang beranggapan Engku Aleesya hanya keluar berdua sahaja dengan lelaki berkenaan dan Erra Fazira memberikan kebenaran. Berikut di kongsikan komen- komen netizen tersebut.
Apa jua tekaan netizen mengenai identity lelaki berkenaan nampaknya lelaki tersebut pastinya merupakan seorang yang sangat rapat dengan Erra dan Engku Aleesya memandangkan mereka kelihatan selesa meluangkan masa bersama.
Namun begitu, di dalam video yang di kongsikan tersebut jelas kelihatan seorang wanita yang memakai tudung dan duduk bersebelahan dengan Engku Aleesya setia menemani sepanjang Engku Aleesya meluangkan masa untuk makan bersama lelaki berkenaan.
Sumber: anwararshad_
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen