Entertainment
“Ada beberapa yang tak betul la tu” – Misya
Nama anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim kerap kali menjadi bualan para netizen di platform media sosial. Manakan tidak, netizen masih sukar untuk menerima hakikat bahawa anak perempuan bekas pasangan suami isteri itu kini telah menjadi isteri kedua kepada lelaki yang bernama Ahmad Aslam.
Dakwaan Marissa dan Ahmad Aslam bernikah telah di sahkan sendiri oleh kakak kepada Misya Mazlan yang merupakan isteri pertama Aslam. Aslam dan Marissa di katakana telah bernikah ketika Misya sedang mengerjakan ibadah umrah.
Ekoran kontroversi yang melanda itu juga, kini sudah ramai netizen yang mengenali Misya Mazlan yang merupakan isteri pertama kepada Aslam. Nama Misya Mazlan pula yang di lihat kian meledak sebagai selebriti media sosial setelah menjadi madu kepada Marissa Dania Hakim.
Ramai netizen yang memuji wajah cantik Misya selain mendoakan kebahagian Misya selepas ini selepas wanita berkenaan seakan- akan telah redha dengan insiden yang menimpa dirinya itu apabila memuatnaik status yang menunjukkan bahawa kepada dirinya telah redha menerima Marissa sebagai madu.
Keperibadian Misya yang sangat baik dan begitu redha dengan takdir di madukan oleh suaminya ketika sedang menunaikan umrah itu membuatkan para netizen turut bersimpati dengan ujian yang sedang di lalui oleh Misya berkenaan.
Menerusi satu perkongsian di tiktok media penglipurlara, satu sedutan video ketika sesi siaran langsung Misya telah di kongsikan. Di dalam sedutan video tersebut, Misya telah menjelaskan beberapa perkara yang telah di tanyakan oleh netizen.
@media_penglipurlara Isteri pertama Aslam, Umisya memperjelaskan beberapa perkara yang disuarakan oleh follower ketika live. #aslam #umisyamazlan #marissa #fypシ #viral
Antara soalan berkenaan adalah mengenai perkenalan antara Misya dan Aslam. Misya berkata beliau dan Aslam berkenalan ketika zaman persekolahan dan mereka berdua menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (SPM) bersama.
Ketika di minta mengulas mengenai perkenalan Aslam dan juga madunya Marissa Dania. Misya meminta supaya soalan berkenaan di ajukan kepada Marissa sendiri.
Netizen berkata mereka merujuk kepada kenyataan ibu kepada Marissa iaitu Abby Abadi sebelum ini yang pernah memberitahu bahawa Marissa dan Aslam berkenalan ketika zaman persekolahan.
Misya kemudiannya menjelaskan bahawa adik kepada Aslam yang bersekolah bersama Marissa dan bukanlah Aslam. Marissa dan Aslam tidak bersekolah sekali.
Misya juga menyifatkan hubungannya bersama madunya selebriti media sosial Marissa Dania itu sebagai ‘tidak okay’ dan mempunyai sempadan di sebalik sempadan.
Misya juga berkongsi mengenai keadaan ibu bapanya yang tidak tahu mengenai isu rumahtangganya yang pernah menjadi buah mulut netizen sebelum ini.
Kakak kepada Misya yang turut berada bersama Misya sewaktu sesi siaran langsung tersebut juga mencelah dan mengatakan bahawa keadaan ibu bapa mereka ketika itu sangat kasihan kerana langsung di maklumkan apa- apa mengenai pernikahan kedua menantu mereka itu.
Mengintai ke ruangan komen, netizen memuji cara Misya menjawab soalan daripada netizen. Malahan cara Misya menjawab soalan berkenaan juga tidak membesarkan lagi isu mengenai madunya meskipun netizen bertanya soalan berkenaan madunya.
Netizen turut berkata mereka dapat melihat perubahan positif cara penyampaian Misya yang lebih ke hadapan dan lebih bersuara setelah berkawan dengan isteri pertama selebriti media sosial Abang Tesla yang lebih mesra di sapa sebagai Kak Maj. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Ramai yang memuji cara perbualan Misya yang nampak matang dan memberikan penjelasan yang baik terhadap soalan yang di ajukan oleh netizen. Netizen turut mendoakan supaya hubungan Misya dan pasangan sentiasa bahagia.
Sumber: tiktok media_penglipurlara
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen