Connect with us

Entertainment

“Muka dia dengan Aslam dah seiras”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Cf291be90eb70dcb29befcf74bc07686

Keputvsan selebriti media sosial iaitu Marissa Dania Hakim yang juga merupakan anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim untuk hidup berpoligami sememangnya agak mengejutkan ramai pihak.

Setelah lama mengambil langkah berdiam diri, Marissa akhirnya tampil memohon maaf kepada orang ramai yang terguris hati dengan tindakannya itu.

Marissa di percayai bernikah dengan seorang jejaka berstatus suami orang yang di kenali sebagai Aslam pada bulan Disember tahun lalu. Kontroversi pernikahan Marissa yang menjadi isteri kedua telah menjadi buah mulut orang ramai ketika itu memandangkan pernikahan tersebut berlaku tanpa pengetahuan Abby Abadi dan Norman Hakim sendiri.

Mediapuyu.com 398ca3868a4a792993fec4f811d76514

Ramai yang mempersoalkan Abby Abadi dan Norman Hakim ketika itu kerana tidak menghalang Marissa melangsungkan pernikahan tersebut. Namun begitu sekitar bulan April yang lalu Marissa akhirnya telah tampil membuat permohonan maaf melalui media sosial.

Marissa memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa yang lama untuk menjelaskan mengenai pernikahannya dengan Aslam kerana memerlvkan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumahtangga tanpa campur tangan pihak luar.

Mediapuyu.com 589adee541c0ddd7c7f1789bcac59b3a

Menurut Marissa lagi, dia bukan mahu mengelak atau melarikan diri sebaliknya kerana mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak. Marissa berkata apa yang telah berlaku merupakan jalan yang dia dan Aslam pilih untuk hidup berpoligami.

Meskipun pada awalnya perkahwinan dengan Aslam mendapat tentangan namun Marissa bersyukur ahli keluarganya dapat memaafkan dan menerima kehadiran suaminya.

Marissa dan Aslam juga tidak mahu hubungan kekeluargaan terpvtus dan mengakui dirinya perlu kuat semangat untuk mengharungi dugaan bersama suami.

Mengintai ke Instagram Marissa, selebriti media sosial itu berkongsi beberapa foto terkini dirinya memperagakan tudung jenama Shawl Publika. Hantaran berkenaan juga memaparkan Marissa sedang menikmati minuman dan sedang bercuti.

Foto- foto yang di muatnaik oleh Marissa tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen hantaran tersebut. Ada segelintir peminat Marissa yang memuji sikap positif yang di tonjolkan oleh selebriti media sosial tersebut dalam menjalani kehidupan berpoligami.

Mediapuyu.com 5e278b1f517ddcf53ee0176add8fca3e

Ada juga netizen yang memuji penampilan Marissa menggayakan tudung tersebut dan solekan Marissa yang sederhana juga menyerlahkan lagi wajahnya di dalam foto yang di kongsikan buat tatapan para peminatnya itu.

Tidak kurang juga yang mengatakan wajah Marissa dan Aslam kini sudah cukup seiras dan ada juga yang berkata persamaan wajah mereka berdua ibarat seperti adik beradik. Berikut di kongsikan komen- komen netizen tersebut.

Mediapuyu.com B92cf63f00fb0ff72f239b31d4a46fa8

Marissa bagaimanapun tidak mempunyai hubungan yang baik bersama madunya dan enggan memberikan sebarang komen mengenai isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan.

Sebagai rekod, Marissa dan Aslam mendirikan rumahtangga secara senyap- senyap di Songkhla Thailand pada bulan Disember tahun lalu.

Sumber: ig marissadania

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!