Entertainment
“Dia masih ingat Dato Rosyam mcm murid dia yg kecil, pegang tangan Dato taknak lepas” – Netizen
Tanpa guru yang ikhlas mendidik siapalah kita pada hari ini. Ramai masyarakat kini yang melihat tugas guru hanya mengajar apabila diberikan imbuhan gaji, begitupun ada juga yang benar-benar ikhlas mendidik dari hati. Hinggakan pada akhirnya walaupun hampir dipenghujung usia keikhlasannya itu dapat dilihat.
Seperti perkongsian pelakon handalan, Datuk Rosyam Noor ini. Siapa sangka biarpun usia aktor itu sudah 57 tahun, masih lagi ‘dipimpin’ oleh gurunya.
Nampak begitu sayang dan bangga betul wanita dikatakan bekas guru ini dengan anak muridnya itu. Hinggakan tak lepas tangannya hendak mengajak bergambar bersama.
Menurut Rosyam dalam status hantarannya, wanita itu bernama Cikgu Halimah iaitu gurunya semasa di tingkatan 5. Mereka bertemu di malam gala #memoirseorangguru.
Padanlah seakan ada ‘ikatan’ antara pelajar dan guru ini, cerita Rosyam, cikgu itu pernah berkata padanya, ‘Kalau hang tak suka belajar hang jadi pelakon jer’.
Jangan buat main-main, memang masin sungguh kata-kata doa sesorang guru. Bahkan Rosyam sendiri mengakuinya. Itulah apa yang jadi pada dirinya sekarang.
Apa pun ‘sumpahan’ keramat Cikgu Halimah pastinya setelah melihat potensi ada pada pelajarnya. Datuk Rosyam bukan setakat pelakon, beliau kini usahawan berjaya.
“Cikgu Puan Halimah Ali guru saya yg paling saya sanjung mengajar seikhlas hati. Guru terbaikk.. Moga Cikgu Halimah dirahmati Allah di dunia dan akhirat”.
“MasyaAllah 82 tahun masih sihat macam 50-60 tahun. Apa rahsia cikgu tu”, “Dia sangat bangga sampai lupa lepaskan genggaman”, “Dia masih ingat Dato Rosyam macam murid dia yg kecil. Pegang Dato x nak lepas”.
Itu antara komen netizen. Gaya Cikgu Halimah yang teruja bertemu anak didiknya itu hingga tidak melepaskan salamannya hingga mencuit hati netizen.
Apa pun semoga hubungan cikgu dan anak didiknya ini terus baik hingga ke akhir hayat. Nampak macam ibu dan anak pulak. Harap lebih ramai guru ikhlas macam Cikgu Halimah.
Sumber: IG Dato Rosyam Noor
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen