Entertainment
“Elok dia cakap dua dua bahasa BM dan BI tu”- Netizen
Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees.
Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telahpun menimang cahaya mata kedua mereka pada 31 Mei yang lalu. Zahirah selamat melahirkan cahaya mata kedua itu di Perth Australia.
Perkhabaran gembira mengenai kelahiran anak keduanya yang merupakan seorang bayi perempuan di maklumkan oleh Zahirah sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram.
Zahirah memuatnaik sekeping foto mempamerkan foto anak perempuannya itu di dukung oleh suaminya Aiman bersama anak lelaki mereka meluahkan rasa syukurnya kerana keluarga mereka kini sudah lengkap dengan empat orang.
Netizen mengatakan bahawa adik Isaac Raees iaitu Inara Raisa sangat comel dan hidungnya sangat mancung persis ibu dan ayahnya itu. Tambah mereka lagi, mereka tidak sabar untuk melihat Inara Raisa membesar dengan telatahnya yang comel nanti.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram pelakon jelita itu, Zahirah telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau bersama suaminya Aiman dan anak sulungnya Isaac Raees telah keluar membeli barangan untuk di bawa pulang ke rumah mereka di Malaysia.
Bagaimanapun gelagat Isaac yang aktif meneroka pasaraya berkenaan dan mengajak Zahirah serta Aiman untuk bermain menarik perhatian para netizen. Apatah lagi kanak- kanak berkenaan bijak berceloteh dengan ibu bapanya menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris dengan cukup fasih.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap Isaac yang sangat sopan apabila bercakap dengan kedua ibu bapanya kerana bercakap dalam nada yang rendah dan tidak menjerit.
Sejak kecil lagi, Isaac Raees menjadi sorotan netizen kerana gelagat kanak- kanak tersebut yang begitu memikat hati. Netizen juga memuji anak pasangan pelakon itu yang sangat fasih bertutur dalam Bahasa inggeris dan Bahasa melayu.
Netizen juga terhibur dengan sikap Isaac yang gemar berceloteh dan bermain bersama ibu bapa. Netizen turut merasakan Isaac seorang kanak- kanak yang cukup menarik hati dan mendoakan kanak- kanak berkenaan menjadi seorang anak yang soleh dan zuriat yang menjadi penyejuk hati kepada kedua- dua orang tua setelah dewasa kelak. Berikut di kongsikan komen- komen netizen berkenaan.
Cara Isaac berfikir dan bercakap juga seperti orang dewasa namun tetap comel dengan sikap manjanya apabila bersama Aiman dan Zahirah. Ramai sanggup ulang- ulang tengok video yang di kongsikan Zahirah sebab geram dengan kecomelan Isaac.
Sumber: ig zahirah
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen