Connect with us

Entertainment

“Inspektor maarah pun soft, alahai cair gini” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 984d24de0371f78ce571f487c6a1a72c Scaled

Sebut sahaja nama penyanyi popular Negara, Dato Siti Nurhaliza sudah pasti ramai mengenalinya dek suara yang cukup merdu sepanjang beliau berkarya. Dari zaman muda remaja hingga lah sekarang, suara lunak Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti ini telah menjadi kesukaan ramai golongan peminatnya dari pelbagai peringkat usia.

Tokti antara penyanyi yang masih diminati ramai peminat kerana sikap peramah beliau yang mudah mesra dengan peminat-peminatnya.

Mediapuyu.com 9a335c660f14e1dcf4e5eb1f53fad536

Siapa sangka, Tokti antara duta baru bagi salah sebuah produk susu popular iaitu Farm Fresh yang menjadi kegilaan ramai. Kolaborasi produk Farm Fresh bersama Tokti sungguh mengunakan sehingga mereka berganding dalama sebuah iklan pendek bagi tujuan promosi.

Baru-baru ini, Tokti berkongsi sebuah video yang memaparkan kolaborasi beliau bersama produk susu berkenaan.

Mediapuyu.com Db702cb086d091cc2f13b23be9e1f39a

Video berkenaan menunjukkan karakter Tokti sebagai watak Inspektor bersama pengasas Farm Fresh, Azmi Zainal. Gabungan Tokti bersama pengasas produk susu berkenaan ternyata menghiburkan ramai netizen sekaligus video iklan tersebut menjadi perhatian ramai.

Suara Tokti yang sememangnya lembut itu membuatkan ramai netizen mengusik beliau kerana watak garang seorang inspektor yang sepatutnya dilakonkan Tokti telah berubah kepada watak Inspektor yang cukup lemah lembut.

Sementara itu, video tersebut telah berjaya meraih hampir satu juta tontonan selepas dikongsi Khamis lalu.

Mediapuyu.com A3c0450c0439cf970200a0f2cbd0c1f4

Rata-rata netizen suka melihat Tokti yang sempoi dan sporting melakonkan watak yang diberi kepadanya.

Pelbagai respon yang diberi oleh peminat Tokti menerusi ruangan komen.

Mediapuyu.com 7bf10930127064ab8753bbd070581961

Kalau ada inspektor Siti Nurhaliza, memang ramai nak jumpa ni hehe.. Agaknya mesti ramai yang nak wakilkan diri masuk ke penjara hehe..

Sumber: IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!