Connect with us

Entertainment

“Ya Allah kenapa macam ni, sedih tengok” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 9a13f35974c6d04b6a70cdf3850347cb

Suatu ketika menjadi pengacara program televisyen namanya melonjak tinggi dan diminati ramai. Apatah lagi empunya diri memiliki pakej lengkap cantik, petah berkata-kata dan bijak menawan hati penonton, siapa saja peminat selebriti tv tempatan tidak mengenalinya.

Tampak lemah lembut juga bersopan santun dengan imej muuslimah bertutup litupnya. Begitupun penampilan terbaharunya akhir-akhir ini mengundang kegusaran peminat. Kata mereka Datin Che Puan Norjuma Habib sudah lain berbanding dulu.

Melihat perkongsian penampilannya di status hantaran di medsos ini antara membangkitkan tanda tanya netizen dek perubahan ketara padanya.

Mediapuyu.com B384a905ddc2aa997a07f8bc77ea1c9e

Dengan kanta lekap matanya yang jelas kelihatan, video ditunjukkan memerlihatkan dirinya yang sedang mencuba pemakaian selendang.

Jika selama ini Norjuma dikenali anggun sopan dengan tudung bawal labuh di dada dengan hujungnya dipunjut, kali ini lain penampakannya.

Mediapuyu.com 4cd532b842421b6c4e1f4a2ef8f8e51e

Mencuba pemakaian selendang panjang sambil menunjukkan keadaan selendang itu, Norjuma hanya tersenyum sambil matanya memandang lensa.

@hariznazzir

Scarf2way #pertamadidunia 😊

♬ original sound – Hariz Nazzir – Hariz Nazzir

Ya… Mungkin faktor usia, fizikal dan wajah Norjuma sudah terlihat sedikit berubah, namun gayanya yang agak ‘terbuka’ itu jadi bualan.

Mediapuyu.com 21af304bf3d6646d8ec217c2b988dcef

“Siapa pun bila dah berumur pasti kan kurang cantik nya dari muda.tp akan ada cantiknya di usia tua kan”, “Lain betul rupa dia, tk mcm dulu”.

“Hanya org yg mengenalinya tahu sikap sebenar²nya…baik dan prihatin”, “Lainnyaa dia, mcm kena bawak g berubat jee”, “Ya Allah knp mcm ni… sedih tgk”.

Mediapuyu.com 3abf5d5cfbcc077fcd74f756e18d3127

Terdahulu berlegar di medsos ura-ura yang dirinya sudah berpisah dengan suaminya, namun Norjuma seakan menafikan apabila meminta dirinya tetap digelar ‘Datin Che Puan’ dalam temuramah baru-baru ini.

Apa pun Norjuma masih cantik dengan gayanya tersendiri walaupun di sebalik pandangan matanya tersimpan 1,001 cerita. Doakan yang baik-baik saja.

Mediapuyu.com 0f856f94495bbd647234f656adc7d4da

Sumber: TikTok Hariz Nazzir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!