Entertainment
“Tak pkai baju pun itam jugak” – Redza Rosli
Baru baru ini pelakon popular Redza Rosli mengejutkan para peminat apabila telah selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang juga pelakon Bella Hanna. Pasangan berkenaan selamat bergelar pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz, Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Rosman Abdullah dengan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Qaryah M4sjid Taman Rakan Cheras Mohamad Mustakim Sarmuji.
Pada majlis itu, Redza atau nama sebenar Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran dirahsiakan.
Redza berkata, dia melamar Bella atau nama sebenar Farhana Nabila Rosman menjadi isteri sekitar bulan April yang lalu. Menurut Redza, dia dan Bella sudah saling mengenali dan berkawan sejak beberapa tahun lalu.
Apabila mereka berdua mendapati hubungan tersebut serasi, kami cuba untuk terus membawa ia ke fasa lebih serius kerana tidak mahu berkawan lama-lama.
Redza juga berkongsi bahawa sepanjang menjalikan hubungan, mereka tidak pernah ‘declare’ sebagai pasangan k3kasih. Ia berjalan secara semula jadi saja. Mereka saling meluahkan perasaan dan apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi. Kongsi Redza lagi persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka juga dibuat dalam tempoh yang singkat.
Redza juga tidak berkongsi kepada sesiapa atau di media sosial mengenai perancangan beliau untuk mendirikan rumahtangga. Malah, sepanjang perhubungan percintaan ini pun tak pernah Redza muat naik gambar Bella Hanna di platform media sosialnya.
Bagi Redza, ketika itu masih dalam fasa perhubungan yang belum ada sebarang ketetapan oleh itu dirinya mengambil sikap untuk tidak menghebahkan perkara yang belum pasti.
Namun, apabila semuanya sudah pasti dan ditetapkan baharulah dirinya berbesar hati untuk berkongsi kepada semua. Dalam Islam pun kata, pernikahan tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan.
Mungkin rezeki selepas berkahwin, Redza dan isterinya telah di sunting oleh satu jenama pakaian terkenal untuk mempromosikan rekaan terbaru pakaian mereka.
Menerusi satu perkongsian di platform tiktok jenama pakaian berkenaan, mereka telah berkongsi ragam pasangan suami isteri ini sewaktu di temubual mengenai kisah perkenalan mereka dan beberapa soalan juga di ajukan untuk menguji keserasian mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.
@hijabistahub Bagai pinang di belah belah la Redza dgn Bella ni 🥹 sweet sangat terpaksa post 😭 #hijabistahub #redzarosli #bellahanna
Sesi menjawab soalan berkenaan menjadi sesi yang agak mencuit hati dan menghiburkan apabila Redza dan isterinya Bella Hanna menjawab secara spontan dan kelakar.
Gelagat pasangan suami isteri tersebut juga cukup menghiburkan netizen apabila Redza juga kuat mengusik serta bergurau dengan isterinya itu.
Menjengah keruangan komen, netizen berkata temubual tersebut menyerlahkan sisi lain yang selama ini di miliki oleh Redza. Jika sebelum ini Redza sering melakonkan watak yang serius namun selepas melihat sendiri gelagat Redza bersama isteri, netizen merasakan Redza juga boleh berlakon watak komedi setelah menyerlahkan imej pak lawak apabila bergandingan bersama isteri tercinta.
Netizen juga merasakan wajah Redza dan Bella Hanna sangat seiras antara satu sama lain. Malahan karakter mereka berdua yang masuk air juga sangat serasi antara satu sama lain. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Untuk rekod, Redza dan Bella pernah berlakon bersama menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta musim pertama yang ditayangkan di slot Akasia TV3, tahun lalu. Namun ketika itu, para peminat belum dapat menghidu hubungan mereka berdua kerana gandingan mereka berdua yang rapat hanya sebagai rakan di set penggambaran.
Sumber : tiktok hijabistahub
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen