Connect with us

Entertainment

“Aku ingatkan dia main hembus je nama tu, rupanya memang betul” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 60aac923eabd52c858d3c6d6d7b6c1c1

Mendengar tutur katanya yang bercakap seperti biasa saja pun dah boleh buat kita yang mendengar geli hati. Sampaikan ramai mengakui keliru dengan keadaan bila masa lelaki ini serius, bila pula dia sebaliknya kerana tiap masa ada saja leluconnya.

Sama seperti dalam video hantaran ini apabila pelawak, Azad Jazmin atau nama sebenarnya Azad Jazmin bin John Louis Jeffri mengimbas kenangan bagaimana permulaan asal namanya diberikan padanya.

Ikutkan penceritaannya itu memanglah serius iaitu tentang panggilan nama sebenarnya, namun ada juga netizen beranggapan ia jenaka.

Mediapuyu.com F59cbd581310debf1bddd426adfbaa7e

Mana taknya kalau sekali nafas nak menyebut namanya yang cukup panjang dengan pun boleh tercungap dibuatnya.

Dengar saj4lah bagaimana Azad memberitahu sebutan namanya itu. Penulis yang mendengar nak catat balik pun ‘tak terkejar’.

Mediapuyu.com 75657c90fcb518b36cc5dcdf7ec7db48

Itulah gamaknya ramai yang ingat Azad berjenaka. Apa pun, serius itulah nama betul dirinya sebelum buat kad pengenalan.

@manman0599

Sambungan boleh lihat di AstroGempak di Platform Merah #podcast #pakaizad #pakaizat #fyp #podcastclips #astrogempak #astro #pakazad #pakazadeirasyazira

♬ original sound – ManMan – ManMan

Rupanya kerana namanya juga, cerita Azad atau mesra dipanggil Pak Azad ini, dia pernah mengikuti kelas pendidikan moral dek namanya.

Mediapuyu.com 6dcf3dc0636568f598ae5b1d150bc2da

“Aku ingtkan dia main hembus je nama2 tu…rupanya mmg betul”, “Nama kalo pjg² mmg ada kad pengesahan”.

“Boleh tolong tulis tak nama dia..xdpt pickup a”, “Jasmine John Louis@John Dibirito Louis Joseph, nama sblum ada bin. Skrg Azad@Jasmine John Louis bin Jeffrey”.

Mediapuyu.com 332f6462f0b778623d712339455cdce6

Itu antara coretan netizen di ruangan komen. Dalam laju-laju menyebut namanya, ada juga netizen yang berjaya mencatat sebutannya itu.

Azad mencuuri tumpuan dalam dunia hiburan dengan bakatnya dalam berlakon, namun kemudiannya dikenali sebagai seorang pelawak yang versatil.

Mediapuyu.com 16e4957d97e5acedc5e80f3a81e1153c

Sumber: TikTok ManMan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!