Connect with us

Entertainment

“Aku tak boleh lah tengok si selam ni kelakar” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 0fd99455dd2465145f59424162325bcb

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya yang juga anak kepada pasangan pelakon terkenal ini, diri lelaki ini dan isteri pertamanya pun kian dikenali. Gamaknya ini juga boleh dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Aslam dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan akhir-akhir kerap pula diundang dan muncul menjadi ‘pelakon’ sebagai model produk atau membuat produk reviu. Pasti itu juga rezeki buat dua anak mereka.

Bahkan Umisya atau Misya dikhabarkan sedang hamil anak ketiga. Itu juga sudah pasti rezeki buat insan dalam kandungan itu.

Mediapuyu.com 03e7507026551271357a1254edb30d1c

Sudah pasti tidak ‘kosong’, berbekalkan kisah sensasi dan wajah ‘comel’ mereka berdua, tak kurang ianya boleh dijual untuk tujuan komersil.

Makin lama, Aslam dan Misya juga berjaya menambat hati netizen. Lihat saj4lah kemunculan Aslam dalam video hantaran ini.

Mediapuyu.com 18598969bc7652ce2d5d0d4e009354fa

Jika awalnya sebelum ini Aslam lebih kelihatan malu-malu, tampak ‘lakonannya’ kini makin mantap dan berkeyakinan.

Netizen juga memuji sudah tentulah mereka sepadan kerana luarannya saja serasi dan nampak selesa apabila bersama.

Mediapuyu.com 2e1b1152d084aff2797c4a2bb9bc6fd4

“Apa tajuk drama ni, macam best lah”, “Misya ni comel la. Mcm budak sekolah. Muda selalu”, “Aslam ni biarpun content tapi cara lakonan dia nampak selesa dgn Misya”.

“Aku tak boleh lah tgk si selam ni kelakar”, “knpa sy dok ulang2 dr td. Alhamdulillah.. comel sgt”, “Comel. Suka nau tgk misya ni. Air muka tu sejuk je”.

Mediapuyu.com F89d4513bf2a3b835194aa6bf60b75b9

Itu antara coretan netizen di ruangan komen. Terdahulu Aslam dalam video tersebut sedang mencari-cari Misya seakan di sebuah taman.

Agak romantik dengan latar belakang lagu dalam video itu, aksi mereka berdua mencuit hati netizen. Ramai pula tak sabar nak tonton ‘drama’ sebenar.

Mediapuyu.com D6e4de0b732b0b461d33aea08ed1c25e

Sumber: IG Umisya Mazlan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!