Connect with us

Entertainment

“Abg baju hijau kt blkg tu pening bebudak bising tp tak boleh bk maarah sbb anak tokey haha” – Netizen

Published

on

Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi nombor satu negara dan mempunyai pelbagai nama panggilan yang di berikan oleh para peminat. Antara panggilan yang mesra di sapa sehingga kini adalah Tokti.

Namun sebagai para peminat sejati penyanyi tersebut, segelintir netizen kurang senang dengan panggilan Tokti kerana tidak menggambarkan nama sebenar penyanyi berkenaan.

Walaupun para peminat kurang senang dengan panggilan Tokti, namun buat penyanyi tersebut sendiri, sapaan sebagai Tokti tidak menjadi satu masalah besar buat dirinya.

Bagi Tokti sendiri, beliau tidak menganggap panggilan berkenaan menjadi sebarang masalah buat dirinya. Jika panggilan berkenaan menjadi satu masalah susah juga. Jadi Tokti berkata peminat boleh memanggil beliau dengan apa jua panggilan sama ada Tokti atau Kak Iti.

Sebagai rekod, Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada tahun 2016. Perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.

Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti juga banyak menimba ilmu daripada suaminya yang juga merupakan seorang usahawan terkenal.

Pelbagai produk yang telah di ceburi oleh Tokti termasuklah produk kosmetik, pakaian, minuman kesihatan dan juga wangian.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Tokti, penyanyi itu memuatnaik satu video berkongsikan mengenai kebaikan produk minuman kesihatan Beausiti. Tokti berkongsikan pelbagai ramuan terbaik yang di gunakan oleh beliau dalam penghasilan produk minuman kesihatan berkenaan.

Video tersebut juga turut memaparkan realiti sebalik tabir kehidupan penyanyi tersebut yang merupakan seorang anak seni, usahawan, isteri dan juga ibu.

Di dalam video yang di kongsikan itu, Tokti menunjukkan suasana di pejabat beliau apabila kedua- dua orang anaknya iaitu Aafiyah dan juga Afwa turut bersama beliau dan ‘memeriahkan’ suasana di pejabatnya.

Di ruangan komen hantaran video berkenaan pula, netizen juga teruja melihat suasana di sekitar pejabat Tokti itu apatah lagi melihat situasi di sebalik tabir keadaan Tokti sewaktu merakamkan video promosi produknya sambil sibuk melayani gelagat anak- anaknya. Netizen juga geram dengan kecomelan Afwa dan Aafiyah yang memeriahkan suasana dalam pejabat Tokti.

Di samping itu, Netizen turut memuji Tokti yang masih mampu bertenang melayani gelagat anak- anak dan mengawal keadaan di dalam pejabatnya.

Malahan netizen berkata Tokti mungkin agak sukar untuk mem4rahi anaknya kerana suaranya yang merdu. Ramai juga yang terhibur dengan gelagat abang baju hijau kt belakang tu. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Bukan mudah ya Tokti nak mengurus kehidupan seharian dengan jadual kerja Tokti yang sangat sibuk. Tapi Tokti tetap tak lupa untuk seimbangkan kerjaya dan peranan sebagai ibu apabila sentiasa bersama anak- anak. Meriah betul pejabat Tokti bila Afwa dan Aafiyah pun datang menolong Tokti kat pejabat.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending