Connect with us

Entertainment

“Afwa tgk Kak Afiyah dah jadi rabbit, maka dia kelam kabut, sabar2 Afwa haha” – Netizen

Published

on

Anak-anak Tokti selalunya melakukan aktiviti yang pelbagai apatah lagi jika Tokti mengambil kesempatan untuk adakan waktu terluang bersama-sama anak-anaknya.

Afiyah dan Afwa seringkali melakukan aktiviti bersama bagi mengeratkan lagi silaturahim bahkan mengisi masa terluang dengan pelbagai perkara yang berguna. Sedang Tokti bersama anak-anaknya membuat donut bersama,  terlihat Afwa juga mahu buatnya sendiri.

Afiyah seorang kakak yang sangat baik bahkan terlihat keperibadian Tokti menyerlah pada keperibadian Afiyah apatah lagi tutur kata yang sopan dan lembut pun sama seperti ibunya itu. Seorang anak yang sangat manja dengan ibunya. Itulah Afwa.

Afiyah sudah hampir siapkan donut meskipun berbentuk yang diingini adalah bentuk arnab, namun Afwa masih tidak kelihatan apakah bentuk yang beliau mahukan akan tetapi selepas melihat bentuk arnab sudah siap oleh kakaknya, beliau mulai tidak senang duduk.

Laju sahaja beliau menguli dan menlenyek doh yang tersedia. Ramai yang mengatakan mereka tidak puas melihat video perkongsian ini kerana ia adalah ringkas dan singkat videonya. Tokti mungkin tidak share yang berlebih-lebih.

Lihatlah perkongsian yang dikongsikan ini. Kedengaran suara Tokti melayan kerenah dan ragam anak-anaknya. Daripada video ini terlihat Afwa yang mahu bersaing dengan kakaknya itu. Mendengar anak-anak ini menjadikan lagi kerinduan kepada anak-anak.

Tokti seorang ibu yang bersikap lemah lembut dengan anak-anak dan terlihat hasilnya yang mendidik anak-anak menjadikan anak seorang yang juga lembut tutur kata bahkan ramai yang nampak seperti ia adalah cermin buat Tokti melihat anak-anak seperti melihat diri sendiri.

Tokti masih aktif dalam dunia seni meskipun telah hampir 30 tahun lebih penglibatan didalam dunia hoburan bahkan beliau masih bergelar Penyanyi Nombor Satu Malaysia sehingga kini dek kerana beliau dikenali hampir di semua negara Asia.

Melihat perkongsian yang dikongsikan ini ramai yang seronok dan terhibur melihat keletah dua beradik ini, meskipun kedengaran suara Tokti hanya sedikit akan tetapi atetap ramai peminat beliau yang suka akan perkongsian ini. Lihatlah pelbagai komen netizen.

Afwa adalah seorang anak lelaki yang baik dan sangat manja dengan ibunya bahkan jika mahu tidur sekalipun beliau tidak mahu susunya dibancuh oleh pembantu rumah akan tetapi mahu dibuat oleh ibunya saja.

Sumber: ig muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending