Connect with us

Entertainment

“Aku diam bukan sebab aku lemah” – Diana Danielle

Published

on

Selesai menghadapi dugaan dalam hidupnya apabila berpisah dengan pelakon, Datuk Farid Kamil hujung bulan lalu, wanita cantik manis ini dilihat tenang menghadapi fasa baharu kehidupannya.

Profesional sebagaimana lagaknya sebagai seorang pelakon, Diana Danielle menjalani kehidupannya seperti biasa. Masih aktif di media sosial dan berkongsi perkembangan semasanya tanpa terlalu ‘hingar-bingar’ kisah peribadi.

Pendek kata Diana ‘jalan terus’ tanpa mempedulikan kata-kata tak sedap didengar dek perpisahannya dengan Farid.Pun begitu, perkongsian hantaran di medsosnya hari ini menimbulkan tanda-tanya.

Mana taknya, luah Diana di status hantaran terbaharunya di Instagram, dia menyifatkan dirinya yang mengambil tindakan berdiam diri bukan bermakna dirinya lemah. Begitu pula ya… entah kenapa pulak 1su dirinya kali ini…

Dalam pada itu coretnya lagi dalam video dikongsikannya, kata Diana dirinya juga berdiam tak bererti dia seorang yang sabar dan bukan orang yang baik. Katanya lagi, dirinya berdiam bukan juga bermakna dia seorang yang memahami.

Kalau diikutkan memang Diana seorang yang sangat menjaga privasinya bukan… Hal rumah tangganya baru-baru ini juga tak siapa dapat menghidu. Namun tak sangka sungguh luahan Diana dengan kata-kata akhir dalam hantarannya itu.

Rupanya-rupanya luah Diana dirinya berdiam kerana lapar… Alahai… Tak kurang netizen memberikan respons terhadap perkongsiannya. Tak diduga, rupanya dalam kepahitan hidup baharu bergelar Miss J, sempat Diana berjenaka ya…

“Menyesal laa kita baca sampai habis”, “cerita sedih . Jgn main2 kalau lapar”, “So orang lain jngan kacau bila orang tengah lapar”, “Ingatkan diam sebab boleh dik”, “Kelakar la dd hahaa”, “Eh geng ar, dian sbb lapar..”.

“xpnah xfunny”, “Jgn main2 klau perempuan lapar hihi”, “Untungla laparr boleh diam”, “kita diam sebab kita focus dari awal sampai akhir baca, tabaik tau mainkan perasaan kita”, “bestnyaa tinggi. takyah pakai heels”.

Itu antara komen netizen. Jika mengimbas di ruangan komen hantaran Diana itu, rupanya ramai juga yang suspen kiranya Diana hendak berkongsi sesuatu susulan episod baharu kehidupannya. Rupanya dia masih profesional.

Tak kurang juga menyifatkan yang Diana tetap seperti dahulu masih pandai berjenaka biarpun di medsos. Tak mengapalah Diana, asalkan bahagia. Kalau bukan diri kita menggembirakan hati dan perasaan sendiri, siapa lagi kan…

Sumber: IG Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending