Connect with us

Entertainment

“Aku tak rasa dia buat buat, terang terang dia cakap bahu dia berat” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Ad45bc935c3eebce187875144575011e

Suasana jadi sayu biarpun hanya di medsos bila penyanyi muda Amad, anak kepada penyanyi Siti Saerah, dilihat menghadap detik sukar yang dialaminya ketika final Talk To My Manager (TTMM). Dalam video dikongsi Saerah di Instagram, jelas kelihatan Amad yang pada awalnya nampak ceria dan bersemangat untuk membuat persembahan kedua pada program itu tiba-tiba berubah lesu beberapa minit sebelum naik ke pentas, sambil mengadu bahunya terasa “berat” dan tekaknya perit.

Ramai tersentuh apa tidaknya bila tengok semangat Amad berlatih sebelum pertandingan, siap disokong penuh oleh keluarga terdekat termasuk bapa tirinya, Idan dan kakaknya Umai.

Perfume Kereta Paling Wangi

Mediapuyu.com B4bcb63bbfa9a75d55348904803f93c3

 

Dalam coretan video tu, Saerah menulis — segalanya nampak lancar pada awalnya, tapi lima minit sebelum persembahan bermula, Amad mula mengadu kesaakitan dan sesak di bahu.

Lebih meremangkan bila Amad tiba-tiba sebut, “berat.. berat…” sambil menahan saakit dengan muka berkerut, buat ramai sebak dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi.

Mediapuyu.com 5a1f9ba4ca1931f2d57a088bbc80e9bb

Rata-rata netizen yang menonton video tu juga rasa sayu. Ada yang percaya ia mungkin gangguan halus, bukan sekadar penat atau tekanan biasa.

Antara komen yang mencvri perhatian termasuk, “Suami sy hijab terbuka. Dia kata masa Amad nyanyi ada benda bertenggek kat Amad, ada yg berpaut kat kaki Amad”, dan “Kpd sesiapa yg buat dajjl ni moga tak amanlah hidupnya.”

Mediapuyu.com 5fe757d5f58e4e28143d9b7708e90929

Ada juga yang tulis, “Aku tak rasa dia buat2. Terang2 dia cakap bahu dia berat”, serta “Bidang agama pun org main s1hir, apatah lagi bidang seni.” – Netizen.

Dalam pada itu, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga ibu saudara Amad turut tinggalkan komen mendoakan kesembuhan buat anak saudaranya itu. Katanya, beliau bersyukur kerana Saerah dan Idan menjaga Amad dan anak-anak lain dengan penuh kasih sayang.

Mediapuyu.com F824a93f4089215e609b72a18cfc6643

Ramai peminat turut sama mengirim doa agar Amad kembali sihat dan kuat, serta tidak putus semangat untuk terus berkarya selepas kejadian itu.

Apa pun, kalau benar ada yang berniat tak baik hingga menyebabkan Amad jadi begitu, semoga diberi hidayah. Dengki dan iri takkan pernah bawa bahagia — moga Amad cepat pulih dan kembali bersinar di pentas.

Mediapuyu.com B6f8f7c091038e43ab129037af2e04f9

Sumber: IG Siti Saerah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!