Entertainment
“Alah kenapa aku yang sedih” – Komen Netizen

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Daripada riak wajah wanita ini saja sudah menampakkan dirinya juga seakan sedang menanggung sesuatu yang tak terluah. Itu yang dapat ‘dibaca’ oleh sebahagian netizen apabila mencoretkan rasa hati mereka pada ruangan komen hantaran ini. Apa tidaknya, sebelum ini pasangannya, pemain bola sepak, Faisal Halim mengalami kecederaan selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.
Hari ini, Nur Syazwani Mizuana Shahril pula memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Klang, Selangor. Netizen mengikuti perkembangan mereka juga bersedih.
Mana tidaknya, k3s Faisal setahun lalu itu pun diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Pelakunya bebas dan ghaib begitu saja.
Kini bukan saja Faisal, Nur Syazwani juga pastinya rentan dengan keputusan dibuatnya. Apa yang boleh dikatakan, ‘sudah jodoh tertulis’ sampai di situ.
Siapakah kita yang hendak menidaknya. Begitu pun, kelibat wanita ini di pekarangan mahkamah menarik perhatian wartawan untuk mendengar sendiri penyebabnya dari tuan punya badan.
Enggan mengulas lanjut, dalam video dikongsikan Nur Syazwani hanya meminta soalan berkaitan ditanya dengan peguamnya, malah berkata ia bukan masa sesuai.
Apapun penampilannya wanita ini tetap menarik perhatian netizen dan tak kurang yang menyuarakan kesedihan. Dalam masa sama ada juga menitipkan kata semangat buat dirinya dan Faisal.
Ya.. tak kurang juga netizen yang menuding jari. Apa pun semua sudah tentu mahukan yang terbaik buat Faisal juga pastinya. Tiada siapa mendirikan rumah tangga untuk berp1sah.
“Kita tak tau apa masalah diorang”, “Pelik netizen ni, cakap macam2 kat wife si mickey. Siap ada kutuk h1na lagi”, “Alah kenapa aku yg sedih”.
“Tak baik tau mengata.. kalau kamu kna tanya dengan wartawan tentu tak tentu arah nak menjawab apa la korang ni”. Itu antara luahan netizen.
Sumber: TT ohmymedia.cc
-
Entertainment1 year ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment3 months ago
“Arwah adik saya memang tak pernah jumpa Wani, Kami kenal Wani pun masa dia dah takde” – Kakak Mustaqim
-
Entertainment2 years ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment2 years ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen