Entertainment
“Alahai pemalu rupanya Fatima ni, sekali dia keluar skill menari xde stop2 dah” – Netizen
Sebelum ini, wajah jelita Fazura kerap muncul di kaca televisyen dan layar perak. Kehebatan lakonannya tidak dapat dinafikan. Berilah apa sahaja watak, tentu sahaja ibu kepada seorang cahaya mata itu dapat menterjemahkannya dengan aura yang luar biasa.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemunculan Fazura semakin berkurangan sekali gus membuat peminat berteka-teki sama ada pelakon filem J Revolusi itu masih aktif dalam lapangan seni atau tidak.
Bukan riak atau mendabik dada, namun wanita berusia 40 tahun itu mengakui banyak menerima tawaran berlakon. Namun, lonjakan semangat tiba-tiba suram apabila mendapat skrip. Biarpun begitu, Fazura tetap terbuka untuk bekerja dengan produksi lain sekiranya mendapat jalan cerita dan pengarah yang terbaik.
Meskipun kerjaya seninya bergerak perlahan, namun Fazura semakin sibuk menguruskan perniagaan, keluarga termasuk rumah produksi, Fazura Pictures.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya termasuklah dalam menguruskan kerjaya, bisnes dan rumah tangga.
Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun beliau masih tetap meluangkan masa berkualiti di rumah dan bijak mengatur masa bersama keluarga.
Menerusi satu perkongsian di Instagram fattzuralovelife, satu video yang memaparkan anak kepada pasangan Fazura dan Fattah sedang menari di kongsikan buat tatapan para peminat si cilik tersebut.
Fatima ketika itu berada di majlis sambutan hari lahirnya yang di anjurkan oleh Fazura dan Fattah. Di majlis tersebut, Fatima juga turut menari bersama rakannya.
Lagu yang mengiringi tarikan si cilik tersebut juga menjadi sorotan para peminat kanak- kanak berkenaan kerana menggunakan lagu daripada seorang penyanyi Korea terkenal yang bernama Jisoo. Penyanyi berkenaan merupakan salah seorang anggota kumpulan terkenal Black Pink.
Fatima yang memakai baju skirt berwarna merah jambu itu di lihat menari sambil tidak henti melompat. Kanak- kanak comel itu beraksi di hadapan para tetamu yang hadir ke majlis hari lahirnya.
Mengintai ke ruangan komen pula, netizen turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Fatima dan gembira melihat Fatima yang lincah menari bersama rakannya.
Netizen juga berkata kanak- kanak tersebut kelihatan agak pemalu dan hanya berani menari di hadapan orang ramai setelah ramai tetamu telah beredar pulang. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap video Fatima tersebut.
Netizen juga geram dengan kecomelan Fatima dan gaya kanak kanak tersebut bercakap yang serupa dengan ibunya Fazura. Netizen juga berpendapat, meskipun Fatima mempunyai wajah seiras bapanya Fattah Amin namun karakter peribadinya betul betul mengikut karakter peribadi ibunya yang ‘soft spoken’.
sumber: ig fattzuralovelife
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen