Entertainment
“Alhamdulillah Che Wan selalu mengusik Lucy dulu-dulu dalam Pi Mai Tang Tu. Last- last berjodoh” – Netizen
Sabri Yunus yang lebih di kenali sebagai Pong Ya Cong Ci Dei hari ini telah sah melangsungkan perkahwinan dengan rakan artis yang juga merupakan kenalan lamanya Angeline Tan dalam satu majlis di sini hari ini.
Dua pelakon yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu telah dinikahkan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di kediaman mufti berkenaan di Perlis.
Pasangan pelakon tersebut telah sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz. Angeline Tan menerima seutas rantai emas sebagai mas kawin.
Menurut sumber, Sabri dan Angeline Tan sebenarnya sudah tiga tahun merancang untuk berkahwin. Sabri dan Angeline sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak mereka berdua sama- sama terlibat dalam sitkom popular era 90an Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992.
Hubungan mereka kemudiannya menjadi rapat dan merancang untuk berkahwin namun Sabri menunggu Angeline bersedia dengan rela hati untuk memeluk agama islam terlebih dahulu. Angeline khabarnya telah memeluk agama islam sekitar awal Oktober lalu dan menggunakan nama Ardini.
Sebagai info, Sabri Yunus pernah mendirikan rumahtangga dengan Norraya Mohd Yusuf dan di kurniakan tiga orang cahaya mata. Norraya meningg4l dunia pada tahun 2007 kerana s4kit k4nser.
Menerusi satu perkongsian terbaru di instagram pelakon dan penyampai radio Issey Fazlisham, beliau memuatnaik dua keping foto yang memaparkan sekitar majlis perkahwinan pelakon Sabri Yunus dan Angeline Tan.
Di ruangan kapsyen pula, Issey mengucapkan tahniah kepada pelakon telefilem Pong Ya Cong Co Dei itu kerana telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya pelakon Angeline Tan atau kini lebih di kenali sebagai Ardini.
Sebagai info, Sabri Yunus dan Angeline Tan pernah berlakon bersama menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu di mana Sabri Yunus membawakan watak sebagai Wan Ismail Golok dan Angeline Tan pula sebagai Lucy.
Tulis Issey lagi, beliau sangat gembira dengan perkahwinan pasangan tersebut dan mendoakan agar cinta Wan Ismail Golok dan pasangannya Lucy akan kekal sampai ke syurga.
Mengintai ke ruangan komen pula, hantaran di Instagram Issey itu ternyata mengejutkan beberapa rakan- rakan artis dan juga para peminat kedua- dua pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkenaan.
Rata- rata antara rakan artis dan peminat juga tidak menyangka lakonan dan usikan yang selama ini hanyalah lakonan dalam sitkom membuatkan berputik cinta antara kedua- dua pelakon sitkom berkenaan.
@beritaofficial.my Sweet sangat tengok abang #sabriyunus dengan kak Ardini. Semoga kekal hingga akhir hayat 😍#pimaipimaitangtu #kahwin #sembangentertainment #beritaofficialmy @beritaofficial.my
Netizen juga meluahkan rasa syukur di atas penyatuan kedua- dua pelakon berkenaan meskipun masih ada antara netizen yg tidak percaya dan khuatir sekiranya perkahwinan tersebut hanyalah salah satu babak drama. Berikut di kongsikan komen- komen netizen tersebut.
Sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu merupakan sitkom komedi yang sudah lama di tayangkan di televisyen. Ramai yang membesar dengan menonton sitkom berkenaan malahan nama watak yang di bawa oleh para pelakon di dalam sitkom berkenaan juga sudah sebati dengan masyarakat.
Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak kemana. Tidak sangka, Wan Ismail Golok dan Lucy rupanya benar- benar berjodohan di luar sitkom. Tahniah di ucapkan buat kedua- dua pasangan mempelai.
Sumber: ig isseyfazlisham
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen