Entertainment
“Ameera nampak ikhlas sayangkan Jef, tapi” – Komen Netizen

Lazimnya dari gerak dan pandangan mata akan tergambar apa yang berada dalam hati. Padanlah tatkala melihat pasangan yang dikatakan bercinta, ramai yang memerhati sambil suka menafsir pandangan mata antara mereka berdua yang dikatakan boleh memperlihatkan keikhlasan satu sama lain.
Seperti merpati dua sejoli iaitu personaliti media sosial, Ameera Khan dan pelakon dan model dari Seberang, Jefri Nichol ini ramai netizen nampaknya sedang membuat ‘kajian’ setakat mana momentum ‘tahap’ percintaan antara keduanya yang dikatakan sedang hangat dilamun cinta ini.
Yang pasti hinggakan netizen dan peminat Ameera atau gemar digelar Little Miss Khan (LMK) ini pun naik risau apabila Jefri yang digambarkan lelaki ‘red flag’ itu tetap jadi pilihan LMK.
Mana taknya baru-baru ini tuan punya baadan sendiri mengakui hingga tular di medsos bahawa dirinya sudah menidvri lebih 20 wanita.
Pun demikian LMK tetap dengan pendiriannya bersama ibunya, Datin Kartini percaya setiap manusia akan berubah ke arah kebaikan begitu jua dengan Jefri.
Ya… mulianya hati mereka di saat orang lain melihat sebaliknya sisi diri Jefri. Pasti ini yang dipandang LMK seperti dalam video hantaran dikongsikan ini.
Yang pasti tetap ditenung dengan cara berbeza oleh netizen di sebalik respons yang diluahkan mereka di ruangan komen. Apa pun hanya Dia yang tahu rasa di sebalik hati Ameera dan Jefri.
“Meera nampak mcm ikhlas syg kn Jef, tp kayaknya laki tu x nampak ikhlas sangat pun”, “obviously he is not tht serious”.
“Ak rasa dorg ni tak bercinta… Tp cma urusan kjja jk”, “Myb lmk je yg lebih2. Jep tu hurm..”, “Tgk2 bln depan kawen”, “Dah mcm pre wed vid”.
Itu antara komen netizen dalam video iklan busana berjenama tersebut. Tak kurang yang mengakui hantaran tersebut seperti penghasilan video pra perkahwinan.
Tampaknya tatkala ramai peminat dan pengikut mereka dari Seberang menyokong ikatan suci keduanya, sebaliknya netizen di Malaysia ramai dalam fasa ‘penafian’ seakan tak percaya pilihan LMK kali ini.
Sumber: IG LMK & Jefri Nichol
-
Entertainment1 year ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen