Connect with us

Entertainment

“Amelia betul2 boleh nyanyi, pastu camtu je dia keluarkan air mata”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com D98d5c23f32af8c9eac9db127ade4488

Pelakon jelita Amelia Thripura Henderson atau lebih popular dengan nama Amelia Hnderson merupakan seorang pelakon, pengacara dan juga model. Beliau menjadi model sejak dari usia bayi apabila terpilih untuk menjadi model iklan Mothercare. Amelia kini sedang hangat di gosipkan dengan pelakon kacak Aedy Ashraf. Aedy dan Amelia di pertemukan menerusi sebuah drama iaitu Kisah Cinta Kita.

Lakonan pasangan itu di dalam drama berkenaan sebagai pasangan kkasih menjadi titik tolak kepada perhubungan mereka berdua kini. Hubungan pasangan berkenaan juga cukup di restui oleh para peminat drama tersebut dan juga para peminat mereka berdua.

Mediapuyu.com 9434abeb07adc5270a8d118d0ff54626

Di tanya mengenai perancangan perkahwinan, Aedy perkata beliau selesa mengenal hati budi Amelia dan meminta supaya para peminat juga turut mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dalam keadaan baik.

Ditanya apa sebenarnya status hubungan dengan Aedy, Amelia yang berd4rah campuran India dan Scottish ini bermain tarik tali sambil meminta para peminat yang menilai sendiri.

Mediapuyu.com 1b38e3b3698238c6a7b295d5a159b1a2

Pasangan ini juga selesa untuk sesekali berkongsi gambar mereka berdua di media sosial memaparkan aktiviti mereka berdua bercuti bersama menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Gambar dan video percutian mereka pastinya akan menjadi sorotan netizen dan mendoakan supaya hubungan mereka akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Menyingkap sisi peribadi Amelia pula, Amelia pernah mendirikan rumahtangga dengan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra yang juga merupakan anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna sekitar tahun 2015.

Mediapuyu.com 16e287293d485c7099356a1628d22857

Di sebabkan pernikahan itu, Amelia sudahpun memeluk agama islam menggunakan nama Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson Binti Abdullah. Bagaimanapun hasil perkongsian hidup itu, Amelia masih belum di kurniakan anak. Amelia akhirnya memilih untuk berpisah pada tahun 2018.

Amelia kini sangat aktif dengan lakonan dan pengacaraan. Drama terbaru lakonan Amelia yang kini sedang di tayangkan di televisyen adalah drama One Million Dollar Voice.

Menerusi satu perkongsian di Instagram athq media, satu video terbaru yang memaparkan Amelia menyanyi lagu gundah di dalam drama berkenaan di kongsikan semula buat tatapan para peminat Amelia. Lagu Gundah merupakan lagu nyanyian asal penyanyi kecil molek Ernie Zakrie.

Video tersebut juga mengandungi kompilasi video di sebalik tabir ketika Amelia sedang menjayakan beberapa babak di dalam drama One Million Dollar Voice itu.

Bagaimanapun video yang memaparkan sedutan babak lakonan Amelia menggunakan suara latar nyanyian lagu Gundah daripada Amelia itu menerima pelbagai reaksi daripada Netizen.

Rata- rata netizen berkata mereka kurang percaya sekiranya lagu tersebut di nyanyikan sendiri oleh Amelia dan merasakaan bahawa Amelia menggunakan suara orang lain untuk menyanyikan lagu Gundah itu.

Mediapuyu.com Dedaccb682138e49cb436aa62aa565be

Namun begitu, satu komen lain yang di tulis oleh athq media untuk menjawab persoalan para netizen telah mengesahkan bahawa kesemua pelakon di dalam drama One Million Dollar Voice itu sememangnya menggunakan suara para pelakon sendiri untuk menyanyikan lagu- lagu di dalam drama berkenaan.

Tidak sangka Amelia juga mampu menyanyikan lagu Gundah dengan baik dan merdu. Berikut di kongsikan juga komen- komen netizen yang memuji suara dan sekaligus kagum dengan penghayatan lakonan Amelia di dalam drama tersebut.

Mediapuyu.com F19717463f8f4bafe1af2270fa2e67c9

Amelia ni bukan sahaja berbakat sebagai model, pelakon dan pengacara yang bagus, malahan Amelia juga mampu menyanyi dengan baik dan merdu. Pendek kata Amelia betul- betul anak seni yang serba boleh.

Sumber: ig athq media

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!