Connect with us

Entertainment

“Amelia dah macam bakal menantu family Nabila hahaha” – Netizen

Published

on

Kata orang ‘masuk kandang kmbing mengembek, masuk kandang rimau mengaum’ bagi menggambarkan perumpamaan bagaimana kita hendak membawa diri apabila berada di tempat orang. Bukan semua mampu melaluinya, apatah lagi jika seseorang itu ‘tak masuk’ di tempat orang lain.

Begitupun soal berkenaan bukanlah masalah besar buat individu yang juga pelakon baharu bernama Amelia Christie yang juga kek4sih kepada aktor, Sharnaaz Ahmad ini.

Jika sebelum ini hubungan Amelia dilihat semakin rapat dengan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti dan usahawan sensasi, Neelofa.

Itupun ada juga ramai wanita lain yang rasa merentan, apabila Nabila sering dilihat bersama Sharnaaz, anak mereka, Jebat Jaydan di samping Amelia.

Baru-baru ini mereka berempat umpama sekeluarga berkesempatan bercuti di luar negara bersama-sama. Hal berkenaan pun netizen dah terkesima.

Masakan tidak, lazimnya yang kita lihat selepas berpisah pasti pasangan tersebut kalau boleh mengelak daripada bertemu ‘ex’ masing-masing.

@farrafareez_

Family Dinner, kebetulan semua dah ada kelantan, sempatlah datang makan2 kat rumah kf.. alhamdulillah #dapurkf

♬ ME GUSTA LA CUMBIA – Abaco

Apatah lagi jika ex itu sudah ada pengganti. Dipertemukan pulak untuk selalu keluar dan bercuti bersama-sama, memang ‘rare’ betul itu berlaku.

Tapi Sharnaaz berjaya menyatukan bekas isteri dan kek4sih baharunya itu. Jebat pun dah nampak jatvh kasih dan sayang betul dengan Amelia.

Kali ini bukan setakat itu, hubungan Amelia sekarang dah makin rapat dengan keluarga Nabila. Lihat saj4lah hantaran dikongsikan ini.

Kelihatan Amelia bersama adik Nabila, Ameera Khan dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed dan sebahagian besar ahli keluarganya.

Beramah mesra dikatakan ketika berada di tempat keluarga Nabila di Kelantan, Amelia dan keluarga berkenaan dilihat makan bersama-sama.

“P4ndainya Amelia ni kan bawak diri masuk family diaorang”, “Fuhhh amelia nak kawin kena filter banyak level utk jadi mak jebat”.

“Tiba2 amylea jd part of neelofa’s fam kan.. Masyaallah.. Indahnya silaturrahim”, “Amelia da mcm ank beranak dorang je..”, “Msalhnya amylea tu mmang sebiji mcm dari keturunan deorang, cantik sungguh”. Itu antara komen netizen.

Sumber: TikTok Farra Fareez

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending