Connect with us

Entertainment

“Anak Izara tu comel betul, minta angkat dengan Bella” – Netizen

Published

on

Video ucapan anak sulung kepada Bella Astillah iaitu Ayden Adrian sempena hari ibu buat Bella di intagram rasmi stesen radio era cukup menyentuh hati netizen semalam. Ucapan penuh ikhlas berkenaan di mainkan oleh penyampai radio slot 3 pagi era sewaktu Bella Astillah dan ibunya di jemput menjadi tetamu undangan ke konti radio bagi meraikan tema hari ibu.

Hubungan erat yang di tonjolkan oleh dua beranak tersebut menjadi contoh terbaik buat para selebriti yang menjadikan ibu sebagai pembantu peribadi mereka.

Malahan di sebabkan hubungan yang erat itulah menjadikan pasangan ibu dan anak tersebut sebagai ikon hari ibu terbaik yang di jemput sebagai tetamu undangan bagi tema hari ibu.

Walaupun isu kontroversi yang melibatkan rumahtangga Bella belum surut namun Ibu Bella sentiasa bersama Bella tidak kira di mana Bella berada. Malahan sokongan dan nasihat daripada ibu tersayanglah yang menjadikan Bella kuat untuk berhadapan dengan apa jua situasi.

Menerusi satu perkongsian terbaru di platform tiktok penyanyi berkenaan, Bella memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya berada di satu majlis dan di kelilingi kanak- kanak yang ingin memeluk dirinya.

Ramai yang mengenali kanak- kanak yang muncul di dalam video berkenaan kerana salah seorangnya adalah anak kepada penyanyi terkenal Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

Dua orang lagi kanak- kanak yang lain pula di percayai anak kepada pelakon jelita Izara Aisyah dan anak kepada adik Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah.

@bellaastillah_94

🤍

♬ Wanita Biasa oleh Ziva Magnolya – Bryanmarkus 13

Video yang berdurasi beberapa saat itu membuatkan netizen merasa bahagia melihat Bella di kelilingi orang- orang yang positif dan sangat menyayangi dirinya. Bukan sahaja orang dewasa malahan kanak kanak juga tertarik untuk mendekati penyanyi berkenaan.

Ketiga- tiga kanak- kanak tersebut juga meminta supaya di dukung oleh Bella membuatkan netizen merasa terharu melihat video tersebut.

Mengintai ke ruangan komen pula, netizen berkata rata- ratanya berpendapat bahawa kanak- kanak mempunyai naluri yang kuat untuk mahu mendekati orang yang baik.

Apatah lagi melihat Bella sendiri yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak dan sangat penyayang membuatkan kanak- kanak juga merasa senang dan gembira untuk mem3luk serta menyayangi seorang ibu seperti Bella. Berikut di kongsikan komen- komen di video berkenaan.

Netizen juga mendoakan supaya Bella sentiasa di permudahkan urusan rezeki untuk menyara kehidupan, keluarga serta anak- anak. Tidak kurang kurang juga netizen yang menyamakan sifat lemah lembut Bella serupa seperti Dato Seri Siti Nurhaliza yang sangat lemah lembut dan penyayang.

Sumber: tiktok bella astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending