Connect with us

Entertainment

Anak sahkan Bonda Rozita sudah kahwin, anggap bapa tiri “Kekasih” baru mommy

Published

on

Mediapuyu.com Bc4f4b944b0d935f50f452f11b732482

Akhirnya disahkan usahawan terkenal Bonda Rozita sememangnya sudah berpisah dengan pasangannya sebelum ini dan kini telah mengikat tali perkahwinan yang baharu. Perkara itu didedahkan sendiri oleh anaknya Nur Ain Sufiah atau mesra dipanggil Ain bahkan cuplikan live pendedahan berkenaan dikongsikan sendiri oleh Bonda Rozita di media sosialnya.

Pun begitu, ramai pula netizen dalam ruangan komen pada hantaran tersebut mempertikaikan mengapa tuan empunya baadan sendiri tidak mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinan baharunya.

Ramai netizen yang memberikan gambaran tindakan Rozita menyebabkan orang terdekatnya termasuk Ain diasak dengan pelbagai persoalan.

Mediapuyu.com 46a7ade5c111285f8030b2a4dede7b15

“Nilah sbb org ramai pertikaikan. klu diwar-warkan dari awal mgkin tak jd sampai mcm ni. Bonda ramai kenal..”, “Sian Ain tak perlu jawab pun sebenarnya. Dia pon kesian kat adik2 dia”.

Mediapuyu.com 812b901ee317ce2b882a1312f4da5c1f

“Bonda.. pd pendapat sy bonda yg ptt declare bkn Ain.. tp sy kagum dgn keberanian Ain.. mmg anak yg baik”, “Sbb tu nikah kahwin kne war warkan elak f1tnah”.

Itu antara komen netizen tentang perkongsian Rozita yang juga ibu kepada usahawan dan ‘penyanyi no1 negara’, Datuk Seri Aliff Syukri itu.

Mediapuyu.com D10ec3402875436ef0e6cb2f41b04de7

Terdahulu dalam video Ain dia menjelaskan mengapa perlu memberikan kenyataan tentang perkahwinan baharu ibunya itu, memandangkan ramai yang bertanya.

Apatah lagi ‘tempias’ perkahwinan Rozita dengan abang kepada selebriti, Datin Rebecca Nur Al-Islam itu membabitkan emosi ahli keluarganya yang masih kecil.

Mediapuyu.com 722de5d326fb847245b31b12cf2cda1b

Apapun sudah pasti Bonda Rozita mempunyai pendiriannya sendiri susulan belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkahwinan baharunya itu.

Terdahulu Ain berharap setelah meleraikan persoalan ini, netizen tidak lagi bertanyakan soalan sama tentang ibunya yang juga wanita berusia 60 tahun itu.

Mediapuyu.com 4f078f42e1e943cf40d444754f6ebd4f

Sumber: IG Bonda Rozita Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!