Entertainment
“Anak saya yg tercirit dalam kain, begitulah keadaannya haha” – Netizen
Salah seorang peserta program nyanyian Gegarvaganza All Star iaitu Nikki Palikat berkongsi rasa bersama para wartawan apabila di soal mengenai anak. Menurut Nikki, sebelum ini setiap kali beliau membuat persembahan nyanyian, anak lelakinya akan menemani.
Namun kali ini, suasana berbeza apabila anaknya itu tinggal bersama ayahnya, jadi sukar untuk anaknya menemani beliau seperti sebelum ini.
Anak lelakinya, Liam Audi kini menetap bersama bekas suami, Audi Mok kerana kerja pengubahsuaian rumah beliau kini sedang di jalankan.
Nikki meraih peluang kedua untuk kembali merebut kejuaraan Gegar Vaganza All Stars menerusi hotseats yang turut menyenarai lima peserta lain iaitu Liza Hanim, Tomok, Suki, Zamani dan Ezad Lazim.
Dalam pada itu, ditanya apakah strategi untuk menebus ‘kekecewaan’ di pentas GV8 sebelum ini, Nikki berkata, dia perlu mencari jalan untuk mengawal gemuruh dan tidak terkesan dengan kritikan warganet.
Pakaian yang di sarung oleh penyanyi tersebut pada konsert minggu lalu mendapat perhatian warganet memandangkan keadaan Nikki yang kelihatan tidak selesa sewaktu membuat persembahan.
Malahan pergerakan Nikki juga di lihat agak terbatas. Muncul perasaan ingin tahu dalam kalangan warganet terutamanya daripada para peminat Nikki sendiri mengenai apa yang menyebabkan ketidakselesaan kepada penyanyi tersebut sewaktu konsert berlangsung tempoh hari.
Menerusi perkongsian terbaru Nikki di media sosial, penyanyi lagu Sudah itu memuatnaik satu video bagi menjawab pertanyaan para peminat beliau.
Menerusi tulisan di bahagian kapsyen, penyanyi tersebut sendiri mengakui beliau menerima pelbagai pertanyaan daripada warganet mengenai ketidakselesaan beliau sewaktu konsert berlangsung tempoh hari.
Oleh itu bagi menjawab persoalan para peminat, penyanyi tersebut menerusi video yang di kongsikan memaparkan keadaan dirinya yang sedang mendaki tangga sewaktu menyarung baju yang di gayakan beliau ketika konsert minggu lalu.
@nikkipalikat Ramai yang tanya 😂 Nikki share lah dekat sini. Cute kan Nikki naik tangga? Hahaha 🤪#allstarsgegarvaganza #NikkiPalikat #gv10allstars #GV10
Video yang di paparkan oleh Nikki itu jelas menunjukkan keadaan diri beliau yang kelihatan sangat tidak selesa sewaktu menyarung baju pada minggu lalu.
Pergerakan Nikki juga sangat terbatas sehingga penyanyi tersebut terpaksa menggerakkan dan mengangkat kakinya satu persatu sewaktu menaiki tangga. Nikki turut berseloroh bersama para peminat bahawa keadaan dirinya menaiki tangga itu kelihatan “comel”
Menjengah ke ruangan komen pula, Netizen berkata ternyata peribahasa “beauty is p4in” itu sesuai untuk menggambarkan keadaan Nikki kerana terpaksa menahan rasa tidak selesa dan pergerakan yang sangat terbatas demi menyarung baju yang cantik sewaktu konsert minggu lalu.
Netizen juga menyamakan pergerakan Nikki sewaktu memakai baju tersebut seperti seorang lelaki yang baru selesai berkhatan dan anak yang tercirit. Berikut di kongsikan komen- komen netizen tersebut.
Sementara itu, ada juga Netizen yang mempertikaikan pereka fesyen baju berkenaan kerana tidak mengambil kira keselesaan penyanyi dan juga pergerakan pemakai yang terbatas apabila menyarung baju berkenaan.
Sumber: tiktok nikkipalikat
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen