Connect with us

Entertainment

“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Ded6a3970084dfc7a8b3b6cbf4a83075

Pada 10 January lalu ikatan pernikahan dua hati ini berlangsung. Kini selepas lebih sebulan berlalu, kelibat mereka berdua tetap menarik perhatian apatah lagi dalam kalangan netizen tiap kisahnya dikongsikan di medsos.

Seperti pasangan diraja barat, Putera Wiliam dan Kate Middleton yang menarik perhatian rakyat, pasangan diraja Asia, Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam ini juga dilihat memiliki pesonanya.

Setiap gerak geri pasangan ini menjadi tumpuan. Bak kata orang, sejuk mata tatkala menancap ke arah keduanya. Apatah lagi mereka sama cantik sama padan.

Mediapuyu.com 88994cc2c4171831bc2a1bf9400d6322

Bagai pinang dibelah dua. Lihat saj4lah lirikan Dayang Anisha seperti dalam hantaran dikongsikan ini, senyumannya saja sudah menjadi bualan.

Ramai yang suka memerhatikan figura yang juga dikatakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah itu.

Mediapuyu.com E910d2112e0fbe76a813f2cc6a8b71dc

“Anisha sangat anggun, dia selalu tersenyum”, ” Can i just say that Princess Anisha is such as a sweet person. Cantik dalaman dan luaran”.

“The most beautiful royal couple. Can’t get enough. More photos and videos pls”, “Ya Allah, Princess Anisha is so pretty and elegant”.

Itu antara komen netizen. Nampaknya kini bukan saja, anak perempuan Sultan Hassanal bersama bekas pemberita, Azrinaz Mazhar Hakim menarik perhatian.

Selain Putri Ameerah Wardatul Bolkiah yang semakin membesar makin cantik manis seperti ibunya, aura kecantikan Anisha juga menjadi tumpuan.

Mediapuyu.com Df33c09865b03ecd9c2826757086eba8

Terdahulu dalam hantaran status ini terlihat Anisha bersama Putera Mateen dengan kapsyen ‘Best friend’ menyantuni satu pasangan pengantin.

Tampak lembut dan manis sekali dengan wajah sentiasa mengukir senyuman di bibir Anisha. Moga pasangan diraja ini terus bahagia bersama hingga ke syurga.

Mediapuyu.com 2de66ed9fd047c08b99f95f32c86f44e

Sumber: IG support.anishaik

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!