Connect with us

Entertainment

“Aslam cari yang seakan sama je dengan isteri dia. Dua2 mcm sama je air muka” – Netizen

Published

on

Sejak minggu lalu, nama anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim kerap kali menjadi bualan para netizen di platform media sosial. Manakan tidak, netizen masih sukar untuk menerima hakikat bahawa anak perempuan bekas pasangan suami isteri itu kini telah menjadi isteri kedua kepada lelaki yang bernama Ahmad Aslam.

Dakwaan Marissa dan Ahmad Aslam bernikah telah di sahkan sendiri oleh kakak kepada Misya Mazlan yang merupakan isteri pertama Aslam. Aslam dan Marissa di katakana telah bernikah ketika Misya sedang mengerjakan ibadah umrah.

Ramai yang bersimpati dengan ujian yang sedang melanda keluarga pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi sejak tularnya kisah pernikahan anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim tersebut.

Pastinya apa yang sedang tular ini agak sukar untuk di terima buat para peminat apatah lagi sebelum ini kehidupan keluarga Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi itu sangat harmoni dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Saban hari ada sahaja video yang di kongsikan oleh para netizen mengenai kisah perkahwinan Marissa memandangkan Norman Hakim mahupun Abby Abadi hanya berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen mengenai berita perkahwinan anak perempuan mereka itu.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna tiktok eaishah listra, berkongsi satu video terbaru yang memaparkan pertemuan dirinya bersama isteri pertama kepada Aslam iaitu Umisya Mazlan.

@eaisyah_listra

Umisya. Seorang isteri, seorang ibu yang kuat. Allah takkan uji makhlukNya di luar kemampuannya. Pasti semua yang berlaku ada hikmahnya 🤗 #husbandwife #masalahwanita #fyp #umisyamazlan #umisya #aslam #marissadania #marissa

♬ Pernah Sakit – 🥀

Di dalam video yang di kongsikan berkenaan, mereka berdua di lihat sedang berbual bersama di sebuah restoran. Sebelum beredar kedua mereka saling berpelvkan dan berbalas senyuman. Walaupun sedang melalui ujian yang berat namun Umisya masih mampu tersenyum.

Mengintai ke ruangan komen, netizen berkata meskipun Umisya masih mampu tersenyum namun Umisya tetap tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan di atas apa yang telah berlaku.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang masih mengingati dengan jelas kemelut rumah tangga yang pernah melanda keluarga Marissa sebelum ini. Netizen juga sangat kagum dengan ketabahan yang di miliki oleh Misya.

Netizen juga berkata Umisya kini berada di tempat Abby Abadi yang merupakan ibu kepada Marissa sendiri. Netizen juga turut mendoakan Umisya supaya kuat untuk menempuh ujian tersebut. Ada pula netizen yang berkata air muka Umisya dan Marissa seakan sama. Berikut di kongsikan komen berkenaan.

Ramai netizen yang memuji wajah cantik Umisya selain mendoakan kebahagian Umisya selepas ini selepas wanita berkenaan seakan- akan telah redha dengan insiden yang menimpa dirinya itu apabila memuatnaik status yang menunjukkan bahawa kepada dirinya telah redha menerima Marissa sebagai madu.

Sumber: tiktok eaishah listra

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending