Connect with us

Entertainment

“Bagus MK dan wife, blurkan part tu, even dah halal kan, menghormati i like” – Netizen

Published

on

Semenjak mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun lalu, semakin ramai mengikuti perkembangan penyanyi popular ini dan isterinya. Mana tidaknya, walaupun merpati dua sejoli ini masih muda, namun penampilan mereka terutama isterinya, sejuk mata memandang. Tidak keterlaluan, begitulah apa yang ditonjolkan anggota kumpulan K-Clique, MK dan suri hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin.

Di saat pasangan lain termasuk art1s tanpa segan silu ‘menonjolkan kebahagiaan’ dengan menayangkan keint1man di media sosial, namun nampaknya tidak bagi MK.

Jika diikutkan sebagai art1s rap popular, muda dan moden masa kini, boleh saja MK hendak ‘daring’ habis menunjukkan kebahagiaan’, tambahan isterinya dalam kalangan keluarga ‘berkelas’.

Tapi nampaknya pendekatannya berbeza. Selain penampilan isterinya yang sopan, sampaikan penampakan keint1man mereka di medsos pun dijaga seperti dalam status hantaran ini.

Terdahulu, MK berkongsi video menampakkan dirinya bersalam-salaman dan bermaafan sempena hari raya. Begitupun pada bahagian tampak seakan berkucvpan, ia dikaburkan.

Tindakan itu nampaknya melegakan hati netizen. Mana taknya kalau ia ditonjolkan secara terang-terangan ramai merasakan ia tampak kurang manis walaupun sebagai suami isteri.

“Bagus MK n wife..blurkan part tu..even dah halal kan. Menghormati.. i like”, “Betul, walaupun dah halal, dia tahu batas2”, “Walaupun halal, part k1ssing tu dorang jaga”.

“Baguslah blurkan, ni ada viral tahun lepas, sampai semuanya nak dedah dan melebih. Hairanlah. Maybe dorang terlampau ikut trending dedahan”, “Dlm byk2 couple, ini couple sweet yg aku tgk”.

Itu antara komen netizen. Dalam pada itu ramai mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan dan tumpang gembira melihat kebahagiaan dikongsikan mereka dengan cara sederhana.

Sekadar info, MK pernah mengungkap, dia tidak mahu terlalu mendedahkan isteri dalam media sosial selepas berkahwin kerana baginya, isteri bukanlah untuk tontonan. Kalau ada berkongsi pun mungkin untuk acara tertentu sahaja.

Sumber: IG MK

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending