Connect with us

Entertainment

“Bagusnya cara Janna cakap dgn laki dia, okay kena ubah juga cara aku ni haha” – Netizen

Published

on

Siapa sahaja yang tidak kenal akan pasangan ini, iaitu Janna Nick dan Dini, pasangan suami isteri yang menjadi kegemaran para peminat apatah lagi mereka sangat sweet dan mesra, cara bertutur mereka juga sangat dikagumi kerana sangat soft spoken malah Janna pernah memberitahu bahawa beliau mahu ia berterusan didalam perhubungan rumahtangga.

Ia adalah perkara yang istimewa buat pasangan ini kerana cara mereka berkomunikasi adalah sangat manja dan lemah lembut. Begitu lah yang terlihat oleh netizen dan peminat juga menyukainya.

Ketika di era radio, Dini disoal dan beliau perlu menelefon isterinya itu lantas meneka apakah yang sedang dibuat oleh isterinya itu. Ia adalah sebuah perkara yang sukar kerana isterinya adalah sukar dijangka. Namun tatkala Janna menjawab panggilan tersebut ramai yang suka cara jawapan yang diberikan dan cara komunikasi mereka berdua.

Walaupun mereka tidak berhadapan dengan kamera memang ia adalah semulajadi cara berbual. Malah Dini ada juga mengatakan bahawa Janna adalah seorang yang sangat berbudi bahasa dan sangat diam ketika berada di rumah kerana apabila dia di tempat umum dia adalah orang berbeza kerana banyak cakap.

Lihatlah video yang dikongsikan meskipun hanya suara Janna sahaja yang ada namun cara perbualan mereka jelas menampakkan bahawa hubungan mereka sangat baik dan disukai orang ramai. Ramai mendoakan mereka agar terus kekal ke jannah.

Dini dan Janna selalu bekerjasama dengan baik tak kira didalam kerja ataupun ketika di luar kerja. Namun Janna sentiasa menghormat kepada suaminya kerana beliau tahu akan tingginya der4jat suami. Ramai kata Janna gediik tapi suka gediik pada suami sendiri.

Pernah ada ketika dahulu, Janna mengatakan bahawa dia hanya perlu disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki yang benar ikhlas dan jika ada, beliau akan sentiasa menghargainya. Kini Dini adalah suaminya dan beliau sudah pasti sangat menghargainya.

Ramai juga tahu akan kisah Janna yang salah seorang anak kepada keluarga br0ken, sudah tentu amat diperluk4n adalah perhatian, dan kasih sayang. Mendengar suara Janna kepada Dini sudah tentu ramai suka apatah lagi peminat yang memang suka akan hubungan mereka.

Janna Nick adalah seorang yang berkerja keras dan usaha selagi mahu, malah beliau juga adalah seorang yang tekun bekerja dan mahu berjaya diatas bakatnya sendiri. Dini adalah seorang yang kuat menyokong beliau dan sentiasa memberikan kata semangat padanya.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending