Connect with us

Entertainment

“Bagusnya didik anak lelaki serba boleh macam ni”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 3a6eb274db57193596c336902ec45a76

Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telahpun menimang cahaya mata kedua mereka pada 31 Mei yang lalu. Zahirah selamat melahirkan cahaya mata kedua itu di Perth Australia. Perkhabaran gembira mengenai kelahiran anak keduanya yang merupakan seorang bayi perempuan di maklumkan oleh Zahirah sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram.

Zahirah memuatnaik sekeping foto mempamerkan foto anak perempuannya itu di dukung oleh suaminya Aiman bersama anak lelaki mereka meluahkan rasa syukurnya kerana keluarga mereka kini sudah lengkap dengan empat orang.

Mediapuyu.com C758ff3ae47c7c28594fbc6cd7f6dd75

Pasangan berkenaan berkongsi berita gembira berkenaan bersama para peminat tanpa menutup wajah anak perempuan mereka. Tindakan berkenaan mendapat pujian daripada para peminat yang teringin untuk melihat wajah bayi perempuan mereka itu.

Tidak menunggu lama, pasangan tersebut juga turut berkongsikan nama yang di pilih buat anak perempuan mereka itu. Menurut Zahirah, mereka berdua sepakat memberi nama Inara Raisa untuk anak kedua mereka itu.

Mediapuyu.com 3bf72e028820a8b8aa10d01edb3e3f59

Kejelitaan pelakon tersebut menarik perhatian para peminat apabila beberapa video yang di kongsikan oleh Zahirah setelah melahirkan anak keduanya itu menjadi sorotan netizen.

Beberapa perkongsian gambar dan video Zahirah sewaktu di h0spital membuatkan para peminat cukup kagum dan merasa terpegun melihat keadaan Zahirah yang tetap kelihatan cantik dan segar meskipun baru sahaja bersalin.

Zahirah yang kini sedang menjalani rutin berpantang turut memuatnaik video terbaru yang memaparkan anak lelakinya Isaac Raes yang cukup teruja dan sangat gembira dengan kehadiran adiknya itu.

Isaac bukan sahaja sangat penyayang terhadap adiknya, malahan Isaac turut ringan tulang dalam membantu Zahirah untuk membuat kerja- kerja harian di rumah.

Mediapuyu.com 35f5679139e65d7876c35bb3d0d86522

Menerusi satu perkongsian video terbaru Zahirah di Instagram, Isaac di lihat membantu ibunya untuk membasuh baju, menyidai pakaian, membasuh besin mandian adiknya dan juga membantu ibunya di dapur.

Sikap perihatin dan rajin Isaac tersebut mendapat pujian daripada para netizen. Di ruangan komen, rata- rata netizen memuji didikan Zahirah dan Aiman terhadap Isaac yang mendidik anak lelaki mereka supaya serba boleh dan rajin dalam membuat kerja rumah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen buat Isaac.

Mediapuyu.com 3ddd367e4aa68a9b22cb080b4b4ae9bd

Beruntung betul Zahirah dan Aiman di kurniakan anak yang sangat rajin dan penyayang seperti Isaac. Walaupun baru sahaja berusia 3 tahun namun Isaac cukup bijak dan rajin dalam membantu ibunya itu untuk membuat kerja- kerja rumah. Sejuk perut ibu mengandung. Comel sangat lah Isaac ni.

Sumber:  ig zahirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!