Entertainment
“Baju beli sendiri ya, m4ti2 ingat selama ni produksi tanggung” – Netizen
Menonton drama-drama dan telefilem, lazimnya kita suka melihat busana dan pakaian dikenakan para pelakonnya. Ada yang elok, biasa-biasa, unik, ‘rare’ dan pelbagai lagi. Apa pun penonton lazimnya tak ‘hairan’ dengan apa yang disarung di tubuh pelakon kerana merasakan ia sudah tentu ditaja oleh produser. Elok atau tak, j4ri akan menuding pada pengarah atau produsernya.
Begitupun seperti perkongsian pelakon berbakat besar, Nabila Huda ini lain sebenarnya ya… Kadangkala pelakon itu sendiri akan mendapatkan pakaian dan kostumnya sendiri.
Ia bagi menjayakan sesuatu watak macam apa dilakukan Nabila atau mesra dipanggil Abil ini. Tak mengharapkan baju ‘sponsor’, dia sendiri yang melabur untuk kegunaannya.
Sekali imbas membaca coretan netizen menerusi ruangan komen hantaran Nabila itu, ramai rasa kagum dia dilihat bersungguh menjayakan watak dan sanggup keluar duit poket sendiri.
“Ya allah tedious nye ..but Abil very organize..good job girl”, “Semua tu modal sendiri ke sis? Bkan produksi sediakan… Ooo”, “Mmg almost all the outfits u all kena spend money sendiri ke?”.
“Ye betul. Untuk nampak kita lebih menarik belilah baju sendiri daripada pakai baju wardrobe yg disediakan tak menyerlah dibuatnya”, “Baju beli sendiri yaa .. m4ti2 ingat selama ni produksi tanggung hehe”.
Dalam pada itu, Nabila pada status hantarannya menyatakan ia hanya berkongsi kehidupannya yang akan bersedia sepenuhnya sebelum masuk ke set lakonan.
Ia adalah amalannya sejak bergelar pelakon pada 2008. Dia mengakui sebahagian gajinya digunakan untuk membeli pakaian drama lakonannya.
Katanya dia juga tak mengharapkan semuanya disediakan oleh produksi mengikut cita rasanya sendiri. Agak banyak juga, 50 peratus gajinya diakui digunakan untuk tujuan itu.
Berg4ntung juga berapa banyak produksi tersebut membayar padanya terang Nabila. Komitednya Abil kan… patutlah lakonannnya pun bukan kaleng-kaleng. Kebanyakannya letops…
Sumber: IG Nabila Huda
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen