Connect with us

Entertainment

“Baru tahu Emma ada ayah tiri” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 3d3399c01a669ca2fb536cc8e547c970

Dek ‘barisan’ adik-beradiknya yang sedap mata memandang, bukan sahaja yang terlibat dalam industri seni tanah air menarik perhatian netizen, bahkan yang lain begitu jua. Ramai yang mengikuti perkembangan 11 beradik termasuklah ibu bapa mereka ini.

Hasil anak kacukan, tak hairanlah ‘herlok’ betul anak-anak, Ismail Embong dari Terengganu dan Yatimah Zainab atau nama asalnya Janet Nicole berasal warganegara British dari Scotland ini. Antara anak mereka mempunyai ramai peminat ialah pelakon cantik berbakat besar, Emma Maembong.

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa keluarga ini pasti maklum yang kedua ibu bapa Emma sudah berpisah ketika usianya  masih kecil.

Mediapuyu.com 10c51321bd142b32831abbca72aede9a

Begitupun dia dan adik-beradiknya masih mengekalkan hubungan baik dengan kedua ibu bapa, bahkan acapkali berkongsi momen bersama di medsos.

Seperti dalam status hantaran terbaharu tentang keluarga ini di medsos oleh kelab peminat Emma menarik perhatian netizen. Mana taknya jarang dikongsikan Emma.

Mediapuyu.com 2e8504f101e1c2b3d471f21a84e95682

Apatah lagi menceritakan yang ibunya kini bernikah lain, ramai tak tahu pelakon ini rupanya mempunyai bapa tiri. Entah bila diijabkabul tidak pasti.

@emma_maembongs

Beraya dirumah mama. #emmamaembong #shariqarshangabriel #emmashazli #shakilaryanshah #TakdirItuMilikAku #KongsiBersama

♬ original sound – Emma Maembong FC – Emma Maembong FC

“Bpe tiri pun cm sporting nmpk”, “Baru tahu ema ada ayah tiri”, “Aku tiap Tahun menjelang Raya mesti nak tengok family diorg ni suka sangat… baju Raya diorg pun cantik2”.

Mediapuyu.com Ce4cc891351388aad16393a970995c2c

“Ibu dia minah saleh”, “Lg 1 org terengganu mmg majoriti salam raya mcmni..klau ada masam muke ke dendaam ke..mmg xlama..org terengganu baik2”.

Itu antara respons netizen di ruangan komen. Gelagat anak beranak ini bersalam beraya juga menjadi ‘topik’ netizen. Lain famili lain caranya ya…

Mediapuyu.com B68151a7e3a9ec61533d7ff58c007dd2

Terdahulu Emma dan ibu bersama lelaki dikatakan bapa tirinya itu berpakaian sedondon berwarna merah bersalam-salaman pastinya sempena hari raya.

Nampak manis sungguh ibu bersama wanita ini yang mana dia serta adiknya Cacha Maembong kini hangat dik3cam dek didakwa mencampuri urusan rumah tangga selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz. Pun begitu, penjelasan sudah diberikannya.

Mediapuyu.com 1a13e35b84390aa6722c1983d86a35fb

Sumber: Emma Maembong FC

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!