Connect with us

Entertainment

“Baru tahu Tokti pun tido, sopan tau tido mulut tutup haha” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com B11c66d47679ad02ae99e03b72b4d72f

Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan.

Mediapuyu.com 6d91a252d8db9e5e66de6deb58f60012

Sebagai rekod, Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada tahun 2016. Perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.

Pada 21 Ogos yang lalu Tokti dan juga suaminya Datuk Khalid telahpun menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 17 tahun. Pejam celik sudah 17 tahun berlalu sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Mediapuyu.com 0a440d77b40caf9ccb09728c49eb0f3f

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Tokti, satu video yang memaparkan Tokti dan anak lelakinya tertidur di dalam kereta di kongsikan buat tatapan para peminat beliau.

Dedah Tokti video tersebut di rakamkan oleh suaminya ketika suaminya itu duduk berhadapan dengan dirinya. Tokti juga berkata suaminya merasakan beliau dan anak lelakinya itu kelihatan comel kerana kedua- duanya memiliki pipi yang labuh.

Mengintai ke ruangan komen pula, video tersebut meraih perhatian warganet sehingga mendapat 86.5 ribu jumlah tontonan dan hampir 2458 komen daripada warganet walaupun tidak sampai satu jam di muatnaik oleh penyanyi nombor satu negara berkenaan.

Rata- rata warganet berkata mereka agak terkejut melihat video tersebut memandangkan selama hampir beberapa tahun Tokti di dalam industri, itulah video ‘aib’ yang pertama kali di kongsikan oleh penyanyi itu.

Malahan warganet juga terhibur dengan gelagat Datuk K yang bukan sahaja merakamkan wajah isterinya tertidur namun Datuk K turut ‘zoom’ wajah isterinya itu secara dekat. Sopan betul Tokti tidur mulut tertutup je.

Mediapuyu.com 08ebb58776f8f16485c414e98c9ac63e

Netizen juga merasa geram dengan kecomelan dua beran4k itu yang mempunyai pipi yang labuh dan comel. Netizen juga berkata Afwa juga ‘copy paste’ ibunya dari segi kelakuan dan juga wajah yang seiras.

Namun begitu, di sebalik gelagat mencuit hati rakaman Datuk K terhadap isterinya yang tertidur di dalam kereta, netizen juga bersimpati dengan keadaan Tokti yang kelihatan sangat penat. Berikut di kongsikan antara komen- komen yang di tulis oleh netizen di ruangan hantaran tersebut.

Mediapuyu.com 929de1b261c9658a738ea6adfe406caa

Netizen kata, pipi labuh Tokti tu lah yang mencuri hati Datuk K. Netizen juga berkata video ‘aib’ yang di kongsikan Tokti tersebut tidak adil memandangkan Tokti tetap kelihatan cantik walaupun tertidur di dalam kereta. Tidur pun sopan sangat mulut tertutup.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!