Connect with us

Entertainment

“Bella sebijik mak dia, nampak lembut dan tenang je” – Netizen

Published

on

Panas betul cuaca pada masa sekarang sepanas isu pasangan selebriti ini. Beberapa minggu lalu selepas suaminya kantoi mempunyai hubungan dengan rakan baik sendiri, dia mengambil kepuutusan untuk berpisah. Walaupun Bella Astillah mendedahkan suaminya juga meminta perkara sama sebelum peristiwa kantoi tersebut, namun hari ini sebaliknya.

Suaminya yang juga pelakon, Aliff Aziz ketika di mahkamah menyatakan enggan melepaskan Bella. Sebaliknya mahu mempertahankan rumah tangga mereka dibina lebih sedekad lalu.

Sudah naik turun mahkamah dibuatnya hingga ahli keluarga kedua-dua pihak turut ‘turun padang’. Menariknya kelibat mereka juga menarik perhatian wartawan dan netizen.

Sudah tentu pandangan keluarga terdekat keduanya terhadap kemelut berlaku juga hendak diketahui peminat. Antara menancap perhatian ialah ibu Bella, Zarinah.

Seperti dalam video temuramah ini Zarinah kelihatan sayu dan sebak ketika ditanya tentang k3s anaknya. Selain jawapannya, figuranya saling tak tumpah seperti Bella menjadi bualan netizen.

@mediahiburanofficial

#MHnews Ibu kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah akan tetap menyatakan sokongan buat anaknya meskipun prosiding kedua penceraian diantara Bella dan Aliff Aziz bakal berlanjutan ke proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Pada masa sama, Zarina juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan anak bongsunya, Erica Astillah yang dikatakan pernah menjadi orang ketiga dalam kemulut rumah tangga di antara Aliff dan Bella. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

“Bella sebijik mak dia. Nampak lembut dan tenang je”, “Aku dh dpt jawapan yg selama ni aku tercari2.. mcm mana bella blh tenang hadap smua ni.. rupa2 nya.. tgok la mak dia.. tenang je.. seorg yg bijak dan tenang”.

“Mak bella tenang je, tk mcm mak org sana tu”, “MasyaAllah, tengok dari sini pun boleh tau mak ni bersih hatinya”, “Ini Baru ibu, mertua, wanita tidak menyebelahi mana2 pihak”.

Itu antara respons netizen di ruangan komen hantaran. Walaupun baru-baru ini dilihat ‘campur tangan’ isv rumah tangga Bella dan anaknya, ibu Alif pula, Siti Hafiza seakan merestui Aliff tidak melepaskan Bella.

Terdahulu berkecil hati apabila ibu mertuanya itu membuat hantaran di media social berbaur sindiran, Bella mendedahkan Aliff pernah cuurang sebanyak 11 kali, termasuk dengan adiknya.

Apa pun moga ditemukan dengan penyelesaian terbaik terhadap kemelut dihadapi kedua keluarga apatah lagi di bulan mulia ini. Tiada siapa sempurna di dunia ini…

Sumber: TikTok Media Hiburan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending