Connect with us

Entertainment

“Beraninya Matin, ku tengok dah gelaman satu badan ni” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 846bd9a9344f170ebac2116cb98b4f6a

Shuib Sepahtu lebih di kenali sebagai seorang pelawak, namun kini nama beliau lebih menyerlah sebagai seorang usahawan Bumblebee. Walaupun kini Shuib telah bergelar seorang usahawan berjaya dan menjalani kehidupan cukup glamour dengan dunia artis, namun Shuib seorang yang sangat merendah diri dan tidak melupakan asal usul kerana kerap pulang ke kampung halaman beliau.

Malahan aktiviti yang sering di lakukan sewaktu membesar di kampung halaman dahulu masih lagi beliau lakukan bersama anak- anak. Berasal daripada kampung, Shuib gemar membuat aktiviti lasak dan sering kali berkongsi aktiviti yang di lakukan ketika pulang ke kampung halaman di media sosial.

Mediapuyu.com E305ae44c03c84d66cebd8a85e58f413

Bermula daripada perkongsian di media sosial, tercetusnya idea untuk berkongsi aktiviti- aktiviti tersebut dengan para pengikut dengan memuatnaik video- video penuh aktiviti yang di lakukan berkenaan di saluran youtube Shuib Channel.

Mengenangkan pada zaman sekarang, anak- anak yang membesar di bandar kerap berkepit dengan gadjet, pendedahan Shuib kepada anak- anak dengan kehidupan kampung membuatkan anak- anaknya dekat dengan alam semulajadi.

Mediapuyu.com 4a602d765c7cb50ea7169a07a0f332fe

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram usahawan tersebut, Shuib memuatnaik sedikit sedutan video yang di rakamkan untuk saluran youtube beliau. Sedutan video berkenaan memaparkan anak lelakinya Ariq Mateen sedang memegang beberapa ekor belut di dalam sebuah besen.

Mateen memegang belut tersebut sambil menceritakan mengenai belut yang di letakkan di dalam besen itu. Menurut Mateen, belut bersaiz agak besar sukar untuk di cari berbanding belut bersaiz kecil. Namun kemudiannya Mateen dan Shuib melepaskan belut belut tersebut ke dalam kolam.

Menjengah ke ruangan komen, netizen merasa kagum dengan Mateen kerana tidak kelihatan geli atau takut terhadap belut- belut tersebut.

Netizen juga memuji cara Shuib membesarkan anak- anaknya kerana mengajarkan anak- anaknya untuk tidak melupakan aktiviti dan kehidupan di kampung meskipun mereka sekeluarga tinggal dan bersekolah di bandar.

Antara komen daripada netizen berkata, didikan Shuib melatih anak- anaknya itu untuk mengenali dunia kampung sangat bagus kerana kehidupan di kampung sememangnya cukup indah.

Pastinya suatu masa nanti Mateen akan mengingati kenangan tersebut dan tersenyum kerana mempunyai pengalaman cukup indah sewaktu kanak- kanak.

Mediapuyu.com Fb1850710e92318d32b56ad639876db6

Sementara itu, ada juga netizen lain yang membandingkan keadaan kanak- kanak sekarang yang cukup geli serta takut apabila melihat belut. Netizen tersebut juga memuji Shuib yang mendedahkan anak- anaknya dengan aktiviti sebegitu.

Rata- rata netizen memuji sifat berani yang ada pada Mateen kerana mampu memegang belut tanpa ada perasaan takut mahupun geli. Netizen turut berkata apabila melihat video Mateen memegang belut, mereka sendiri terasa seperti ingin lari kerana geli. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Mediapuyu.com 505de32639cf98d2e782d74e61fe1025

Selain itu, netizen juga mengandaikan bahawa Mateen mungkin mengikut jejak langkah Shuib sewaktu kecil dahulu kerana Shuib sendiri di besarkan di kampung dan hidup di dalam suasana kampung.

Tidak ramai anak- anak artis yang cukup berani dan tidak kekok dengan kehidupan kampung. Amat jarang juga rasanya melihat artis seperti Shuib yang tidak kekok membuat aktiviti kampung dan mendedahkan anak- anaknya dengan aktiviti kampung sehingga anaknya cukup berani memegang belut tanpa ada rasa takut mahupun geli.

Sumber: ig shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!