Connect with us

Entertainment

“Bersaing dengan madu ye” – Netizen

Published

on

Marissa Dania Hakim di kenali sebagai anak perempuan kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi. Bagaimanapun nama Marissa Dania menjadi tular dan bualan netizen selepas di dakwa bernikah secara senyap- senyap bersama pasangannya Aslam.

Pernikahan Marissa dan Aslam bagaimanapun menjadi kontr0versi memandangkan Aslam sudah mempunyai seorang isteri dan dua orang anak hasil pernikahan kali pertama bersama Misya Mazlan.

Ekoran kontroversi yang melanda itu juga, kini sudah ramai netizen yang mengenali Misya Mazlan yang merupakan isteri pertama kepada Aslam. Nama Misya Mazlan pula yang di lihat kian meledak sebagai selebriti media sosial setelah menjadi madu kepada Marissa Dania Hakim.

Keperibadian Misya yang sangat baik dan begitu redha dengan takdir di madukan oleh suaminya ketika sedang menunaikan umrah itu membuatkan para netizen turut bersimpati dengan ujian yang sedang di lalui oleh Misya berkenaan.

Ternyata rezeki juga tidak salah alamat apabila rezeki Misya kian melimpah setelah di tawarkan untuk menjadi wajah baru bagi koleksi tudung terbaru di bawah jenama Wawa Zainal.

Menerusi satu perkongsian di platform tiktok Wawa Zainal, usahawan tersebut memuat naik video bersama Misya Mazlan yang merupakan wajah baru bagi koleksi tudung jenamanya.

Perkongsian berkenaan di buat untuk memperkenalkan wajah terbaru jenama tudungnya itu di samping juga sebagai hebahan buat para penggemar koleksi tudung jenama Wawa Scarves.

@wawazainal92

Cantik dan lemah lembut nya dia.. oredi syg her

♬ original sound – Nur Amira Syahira – Nur Amira Syahira

Wawa juga turut menulis kapsyen bersama video yang menyifatkan Misya sebagai seorang yang sangat lemah lembut dan cantik.

Kerjasama yang terbina di antara Wawa dan Misya juga membuatkan usahawan berkenaan lebih mengenali Misya dan membuatkan Wawa menjadi selesa dengan Misya.

@miss.fyza

Tahniah @Umisyamazlan 🥰 face of #wawascarves

♬ original sound – Wawacosmeticss – Wawacosmeticss

Menjengah keruangan komen pula, rata- rata netizen menzahirkan sokongan kepada Wawa Zainal kerana telah membantu Misya dengan mengambil Misya sebagai wajah baru bagi koleksi tudung di bawah jenama Wawa Zainal.

Netizen juga berkata pemilihan Misya sebagai wajah baru bagi koleksi tudung di bawah jenama Wawa Zainal berkenaan cukup tepat memandangkan Misya seorang yang sangat lemah lembut dan amat bersesuaian dengan koleksi warna lembut yang di tampilkan oleh Wawa Zainal kali ini.

Netizen juga memuji wajah Misya yang kelihatan cantik dengan solekan atau tanpa solekan. Malahan netizen juga berkata kecantikan Misya tidak tenggelam walaupun berada bersebelahan dengan Wawa Zainal.

Sebagai rekod, madu Misya iaitu Marissa Dania terlebih dahulu telah di lantik menjadi model tudung bagi satu jenama tudung yang agak terkenal.

Bagaimanapun, di sebabkan kontroversi yang melanda itu, netizen berkata mereka mungkin beralih arah kepada jenama Wawa Zainal sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap Misya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Ramai netizen yang berkata aura Misya lebih menyerlah dan membuatkan mereka menyokong Wawa Zainal mengambil Misya sebagai model tudung jenamanya. Mungkin dengan ujian yang Allah beri kepada Misya ini turut terselit rezeki yang tidak terduga.

Sumber: tiktok wawa zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending